Pembaharuan lesen memandu vokasionalboleh dilakukan di JPJ Negeri/ Cawangan, UTC dan Kaunter 1JPJ.

Syarat- syarat pembaharuan:

  • Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1 tahun sahaja;
  • Tidak disenaraihitamkan;
  • Mengemukakan laporan perubatan dan tempoh sah laku laporan perubatan (Borang JPJ L8) tidak melebihi satu (1) tahun;
  • Lesen Memandu kompeten (CDL) mesti berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun.

Dokumen yang diperlukan:

  • MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;
  • Pengenalan diri asal wakil;
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal atau salinan;
  • Pengesahan kesihatan Pegawai Perubatan(Borang JPJL8);
  • 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm;
  • Bayaran RM20.00/tahun;
  • Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga Singapura);

 

INFO: Berdasarkan seksyen 29, Akta Pengangkutan Jalan Malaysia (APJ) 1987, lesen memandu yang tamat tempoh dan gagal diperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan adalah terbatal secara automatik seperti berikut:

·         Lesen Memandu Percubaan (PDL) tamat tempoh melebihi 1 tahun.

·         Lesen Memandu Kompeten (CDL) tamat tempoh melebihi 3 tahun.

·         Lesen Vokasional tamat tempoh melebihi 3 tahun