Application for a Probation Driving Licence (PDL) may be submitted at any of the State RTD offices and RTD Branch offices.

PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUBAAN (PDL)

Permohonan boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ Negeri/Cawangan sahaja

Kelayakan bagi permohonan PDL :

  • Lulus ujian amali bahagian 2 & 3 dan keputusan ujian telah dikemaskini serta masih berkuatkuasa dalam tempoh satu(1) tahun.
  • Pemilik tidak disenaraihitam
  • Tempoh percubaan adalah 2 tahun bagi kelas yang terawal

Dokumen Yang Diperlukan:·  

  • MyKad/Pasport asal MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
  • Pengenalan diri asal wakil
  • 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm (pilihan)
  • Pemegang pasport yang masih berkuatkuasa (warga asing)
  • Bayaran RM40.00 untuk kelas B & C (Kelas A/A1 atau B2 tunggal RM2.00)
  • Bayaran RM60.00 bagi kelas D & ke atas

INFO: Permohonan PDL dan CDL di pejabat JPJ, pemohon diberi pilihan sama ada membawa gambar warna sendiri (ukuran 25mm x 32mm) berlatar putih, mengambil gambar di kaunter atau menggunakan gambar daripada MyKad.

INFO: Berdasarkan seksyen 29, Akta Pengangkutan Jalan Malaysia (APJ) 1987, lesen memandu yang tamat tempoh dan gagal diperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan adalah terbatal secara automatik seperti berikut:

·         Lesen Memandu Percubaan (PDL) tamat tempoh melebihi 1 tahun.

·         Lesen Memandu Kompeten (CDL) tamat tempoh melebihi 3 tahun.

·         Lesen Vokasional tamat tempoh melebihi 3 tahun