PENGENALAN
  • Sejak tiga tahun yang lepas, JPJ telah mula membuat "social engagement" dengan rakyat, khususnya semasa musim perayaan, supaya rakyat menjadi mata dan telinga JPJ untuk melaporkan kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pengguna jalan raya. Inisiatif ini didapati berkesan dalam meningkatkan kesedaran tentang pemanduan berhemah dan pematuhan undang-undang di kalangan pengguna jalan raya selain memupuk semangat kesukarelaan di kalangan rakyat secara amnya. Inisiatif ini dicadang diperkasakan dengan penubuhan satu skuad sukarela yang lebih berstruktur dan mempunyai keahlian rasmi yang akan mempunyai saluran khusus untuk berinteraksi dengan JPJ bagi menjalankan kerja-kerja kesukarelaan, khususnya dalam bidang keselamatan jalan raya.
 
VISI SM1JPJ
  • Pemacu Gelombang Kesukarelaan Ke Arah Jalan Raya Yang Selamat.
 
MISI SM1JPJ
  • Menyediakan satu pakej kepada rakyat Malaysia yang mempunyai hubungan dengan JPJ untuk melibatkan diri dalam aktiviti berbentuk kesukarelaan dalam membantu Kerajaan meningkatkan tahap keselamatan jalan raya.
  • Menggerakkan rakyat berbilang kaum dan peringkat umur untuk bersama-sama JPJ ke arah pembangunan negara (nation building) khususnya dalam aspek keselamatan jalan raya.
 

OBJEKTIF PENUBUHAN SM1JPJ

  • Keselamatan Jalan Raya: Membangunkan semangat keselamatan jalanraya dan menjadikan keselamatan jalanraya sebagai satu budaya dalam kehidupan.
  • Kesukarelaan: Mengerakkan semangat kesukarelaan di kalangan rakyat Malaysia.
  • Perpaduan: Memperkukuhkan semangat perpaduan dikalangan ahli-ahli daripada berbilang kaum dan agama melalui program-program yang dijalankan.
  • Keamanan: Menyumbang kepada keamanan Negara.
  • Patriotisme: Memupuk semangat patriotisma yang tinggi

 
 

GOLONGAN SASAR

  • Rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas
  • Sasaran
    • 300,000 keahlian dalam tempoh setahun pelaksanaan
    • Jangka panjang – sekurang-kurangnya 500,000 keahlian
 

STRATEGI PENGAMBILAN KEAHLIAN

  • Calon lesen memandu bagi kelas B2, B dan D (Institut Memandu)
  • Peserta Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ)
  • Pemegang Lesen OKU (Persatuan OKU)
  • Ahli Kelab Permotoran
  • Skuad Muda KDN
  • Ahli RELA
  • Bridget Sukarela Khidmat Negara (JLKN)
 

PRODUK/PENGISIAN PROGRAM

  • Lesen Memandu B2, B dan D
  • Upgrade kelas lesen memandu B
  • Kursus pemantapan atau pengedalian kenderaan
  • Latihan kawad
  • Aktiviti menembak
  • Penglibatan dalam Program SKSJ

o    Sukarelawan SKSJ

o    Peserta acara sukan dan kebudayaan

  • Change agent untuk Program Transformasi Jabatan

o    Aktiviti promosi ID awam

o    Aktiviti promosi saluran perkhidmatan online

o    Promosi pelaksanaan modul-modul mySIKAP

  • Pengibatan dalam Sambutan Hari JPJ (Segmen SM1JPJ)
  • Skuad Khas Pemantau Cegah Jenayah di Laluan Motosikal
  • Konvoi motosikal untuk kempen keselamatan jalan raya
  • Sukarelawan untuk program Kadet JPJ di sekolah-sekolah
 

CARA MEMOHON

  • Layari Portal Jabatan di www.jpj.gov.my untuk permohonan secara atas talian (online).
  • Atau sila klik di sini untuk terus mendaftar dalam talian.