Fungsi Utama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia terdiri daripada 10 bahagian yang mempunyai fungsi masing-masing. Penjelasan fungsi setiap bahagian adalah seperti berikut:


BAHAGIAN PENGURUSAN
  1. Menyelaraskan aspek pengurusan sumber manusia seperti pengambilan, pelantikan, gaji dan elaun, persaraan, perjawatan dan SISPEN.
  2. Menyelaraskan pengurusan am pejabat yang merangkumi aspek kebersihan dan keselesaan; pengurusan kemudahan seperti kenderaan, telefon, air, elektrik, tandas dan perpustakaan.
  3. Menjadi urusetia Pengurusan Tatatertib, Kenaikan Pangkat, Keutuhan Pejabat, Anugerah dan Khidmat Cemerlang.
  4. Merancang, mengendalikan dan menyelaraskan peperiksaan PTK dan pengesahan jawatan.
BAHAGIAN KORPORAT DAN PENYELIDIKAN
  1. Merancang dan melaksanakan perancangan korporat dan pembangunan organisasi dan pembangunan portal jabatan.
  2. Merancang dan melaksanakan penyelidikan serta menjalankan penambahbaikan ke atas proses dan produk jabatan secara berterusan.
  3. Menjalankan pengurusan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan dan bertindak sebagai Urusetia Mesyuarat dan program-program yang dilaksanakan jabatan.
BAHAGIAN KEWANGAN
  1. Menguruskan hal ehwal pentadbiran kewangan, aset dan logistik kewangan.
  2. Menguruskan dan menyelia hal ehwal belanjawan tahunan dan pembayaran.
  3. Menyediakan Laporan Rancangan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal, membuat penyelarasan dan pemantauan projek-projek pembangunan.
  4. Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Akaun peringkat Jabatan.
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
  1. Merancang, melaksanakan dan mengurus data dan rangkaian Local Area Network (LAN) dan Wide Area Network (WAN).
  2. Melaksanakan dan memantau aplikasi sistem pengurusan dan penyampaian perkhidmatan melalui elektronik.
  3. Merancang, melaksanakan dan memantau Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management).
BAHAGIAN PENGUATKUASA
  1. Merancang, menyelaraskan dan memantau aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan APJ 1987/ALPKP 1987.
  2. Menguruskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan senarai hitam, rekod KEJARA, penggantungan atau pembatalan lesen memandu.
  3. Merancang, melaksana, memantau dan menilai program atau dasar baru penguatkuasaan.
  4. Mengurus dan menyelenggara peralatan penguatkuasaan seperti senjata api, kenderaan dan pakaian seragam.
BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF
  1. Menyelaraskan dan mengawalselia mutu dan piawaian pemeriksaan di PUSPAKOM.
  2. Menyelaraskan dan memantau aspek perundangan dan piawaian teknikal kenderaan.
  3. Mengurus aspek kelulusan tukar enjin dan chasis, pelan pembinaan kenderaan perdagangan, ketelusan cahaya dan sebagainya.
  4. Berfungsi sebagai Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Kejuruteraan Automotif.
BAHAGIAN PELESENAN KENDERAAN
  1. Menjalankan kajian, membangun dan memantau projek-projek e-Kerajaan, pendaftaran baru, pertukaran hakmilik dan mengemaskini akta dan kaedah yang berkaitan.
  2. Menyelaraskan aktiviti pendaftaran dan pelesenan kenderaan perdagangan dan persendirian.
  3. Mengurus penyimpanan dan penyelenggaraan rekod-rekod kenderaan termasuk di Pusat Penyimpanan Rekod.
BAHAGIAN PELESENAN PEMANDU
  1. Merancang, melaksana, mengkaji dan menetapkan sukatan Kurikulum Pendidikan Pemandu serta latihan teori dan praktikal bagi semua jenis kelas lesen memandu.
  2. Bertindak sebagai Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengredan Institut Memandu (JKPIM) serta memberi akreditasi kepada Institut Memandu.
  3. Merancang, melaksana, mengkaji dan memantau aktiviti pelesenan pemandu di bawah skop projek e-Khidmat selaras dengan dasar, perundangan dan perjanjian.
BAHAGIAN INTEGRITI
  1. Menjalankan siasatan kes-kes tuntutan mahkamah, salahlaku dalam transaksi pelesenan kenderaan, pelesenan pemandu dan Approve Site .
  2. Memantau aktiviti JPJ negeri dan pejabat cawangan bagi memastikan kepatuhan kepada prosedur, Arahan Jabatan dan pekeliling.
  3. Menjalankan auditan terhadap transaksi pelesenan kenderaan dan pemandu serta penguatkuasaan, pengurusan stor, kewangan, rekod serta tapisan kenaikan pangkat dan pemberian anugerah.
  4. Menjalankan auditan sistem data maklumat bagi semua transaksi di seluruh JPJ.
BAHAGIAN HASIL
  1. Merancang, menyelaras dan mengawalselia semua aktiviti mengakaun hasil jabatan:
    • Ibu Pejabat dan Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
    • Agen Pemungut seperti Pos Malaysia Berhad dan eKhidmat.
    • Agensi Luar seperti PUSPAKOM Sdn. Bhd. dan Jabatan Pendaftaran Negara (IJPN).
  2. Merancang dan melaksanakan pemantauan berterusan ke Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri dan Cawangan, Agen Pemungut dan Syarikat Konsesi PUSPAKOM Sdn. Bhd. bagi memastikan kepatuhan kepada prosedur, perjanjian, Arahan Jabatan dan Pekeliling berkaitan.
  3. Merancang penambahbaikan berterusan dalam usaha mempelbagaikan saluran terimaan melalui Kaunter, Portal, Kiosk, Perbankan Internet, Sistem Tukar Milik Sementara dan Sistem ePayment eDaftar.