Garis Panduan Permohonan Pembaikan atau Penukaran Struktur Panel Kenderaan (kes kemalangan)

 

PENGENALAN

Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) telah mewajibkan setiap pembaikan/penukaran struktur panel kenderaan yang dikawal olehJPJ perlu memohon dan mendapatkan pengesahan daripada JPJ terlebih dahulu.Struktur panel kenderaan yang terlibat adalah seperti berikut:

a. Cowl Panel

b. ChassisFrame

c. Wheelhouse-Rear d.Wheelhouse-Front

e. RoofpanelAssembly

f. WindsreenPillar-Front

g. Windscreen Pillar-Rear

h. CentrePillar

i. ChassisPanel

TUJUAN

Menerangkan kepada pengguna berkaitan prosedur dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk permohonan penukaran/pembaikan struktur panel kenderaan. Memastikan  struktur  panel  kenderaan  yang  dibaiki/ditukar  mematuhi peraturan- peraturan berikut:

         a) Seksyen10(3)(a)  - AktaPengangkutan Jalan1987

        b) Seksyen10(4)      - Akta Pengangkutan Jalan 1987

        c) Seksyen12(1)(d)  - Akta Pengangkutan Jalan 1987

        d) Kaedah94             - Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan Dan Penggunaan)1959

 

PROSEDUR PERMOHONAN

                       1) Permohonan boleh dibuat melalui Bahagian Kejuruteraan AutomotifJPJ

            2) Permohonan boleh dibuat secara kendiri atau wakil

          3) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:

 

Melibatkan Tuntutan Insurans

Beyond Economic Repair (BER)

Tidak Melibatkan Tuntutan Insurans

          i.    Borang Permohonan

ii.   Salinan Laporan Polis

iii.  Salinan surat  Kelulusan Syarikat

       Insurans dan Laporan Anggaran*

         iv.  GambarKenderaan*

i.  Borang Permohonan

ii. Salinan Laporan Polis

     iii. Salinan surat Kelulusan Syarikat

          Insurans

  iv.  Surat Perakuan Bengkel dan 

        Laporan  Anggaran

             v.  GambarKenderaan

i.   Borang Permohonan

ii.  Salinan Laporan Polis

iii.  Surat Perakuan Pemilik*

iv.  Surat Perakuan Bengkel*

 v.  Laporan Anggaran Bengkel

         vi.  Gambar Kenderaan


4. Setelah surat kelulusan dikeluarkan, kenderaan hendaklah dibawake PUSPAKOM untuk pemeriksaan bersama-sama dokumen yang berikut:

i.  Surat kelulusan JPJ

ii. Surat akuan bengkel

 

*KETERANGAN DOKUMEN

 

      a) Gambar kenderaan hendaklah menunjukkan;

i. Nombor pendaftaran kenderaan;

ii.Sudut hadapan kiri dan kanan;

iii.Sudut belakang kiri dan kanan;dan

iv.Nombor casis kenderaan

 

b) Surat Perakuan Pemilik hendaklah menyatakan persetujuan kos pembaikan ditanggung sendiri.

c) Surat  Perakuan  Bengkel  hendaklah  menyatakan  kenderaan  yang  dibaiki  oleh bengkel dan  tidak menggunakan kaedah potong sambung atau melibatkan gangguan pada nombor casisdan nombor enjin.

d)  Laporan Anggaran ialah Laporan anggaran baik pulih yang dihasilkan menggunakan sistem e-claims


 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

 

1. Permohonan hanya melibatkan pembaikan/penukaran bagi komponen yang dikawal oleh JPJsahaja.

2. Kenderaan mestilah tidak diitistiharkan sebagai total lost oleh pihak insurans.

3. Bagi kenderaan yang telah diistiharkan sebagai totallost oleh pihak insurans, pemilik atau pihak insuransdikehendaki memaklumkan perkara tersebut kepada Bahagian Pelesenan Kenderaan, JPJbagi tujuan pembatalan rekod pendaftaran kenderaan tersebut.