Garis Panduan Pembinaan & Pengunaan Rear Drawer (Pindaan 1/2015)

 

1.0       PENGENALAN

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menetapkan setiap penambahan pada struktur panel kenderaan yang membawa muatan melebihi panjang badan kenderaan perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan dalam garis panduan ini bagi memastikan pembinaan struktur adalah selamat, teratur dan mengikut standard. 

 

2.0      LATAR BELAKANG  

Rear drawer adalah struktur panel yang dipasang pada bahagian belakang kenderaan bagi kenderaan yang membawa muatan melebihi panjang badan kenderaan dan tidak boleh diceraikan (rigid). Manakala, struktur tambahan besi (extension steel) dipasang bagi menyokong berat dan pergerakan rear drawer samada pada keadaan statik atau dinamik. Tujuan utama pemasangan rear drawer ini adalah sebagai penanda amaran kepada pengguna jalan raya yang lain bahawa kenderaan ini sedang membawa muatan panjang.
 
Pemasangan rear drawer ini perlu kukuh dan stabil supaya kenderaan ini selamat dipandu dan tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
 

3.0     TUJUAN  

Memaklumkan garis panduan, spesifikasi dan peraturan pemasangan drawer bagi kenderaan membawa muatan melebihi panjang badan kenderaan. 
 
4.0       SYARAT-SYARAT PEMBINAAN
 
4.1.        Kenderaan yang dibenarkan membuat pemasangan rear drawer ini adalah kenderaan dari kategori rigid decontrolled (BDM 5000KG dan ke bawah sahaja) dan jenis badan seperti berikut:
           
             a.      Lori Rigid Kargo Am (LRA)
             b.      Lori Rigid Dumper Tipper (LRD)
 
4.2.        Pemasangan rear drawer adalah tidak dibenarkan bagi kenderaan yang telah membuat pengubahsuaian pemanjangan wheelbase.
 
4.3.        Kenderaan yang mempunyai panjang badan melebihi 6200mm tidak dibenarkan memasang rear drawer.
 
4.4.       Kenderaan yang mempunyai panjang wheelbase melebihi 4600mm tidak dibenarkan memasang rear drawer.
 
4.5.     Pengiraan panjang maksimum rear drawer yang dibenarkan ditarik perlu berdasarkan panjang ROH 50% daripada panjang wheelbase walaupun kenderaan mempunyai panjang ROH kurang daripada 50%.(rujuk contoh pengiraan pada para. 6)
 
4.6.     Pengubahsuaian yang dilakukan pada kenderaan hendaklah mengikut Garis Panduan ini tanpa perlu membuat permohonan di Jabatan Pengangkutan Jalan.
 
5.0      SPESIFIKASI DIMENSI STRUKTUR TAMBAHAN (EXTENSION STEEL)
 
5.1.       Kaedah-kaedah penentuan panjang keseluruhanrear drawer yang boleh dibina adalah seperti berikut:
 
5.1.1.   Tidak melebihi 80% daripadapanjang wheelbase kenderaan seperti gambar rajah 5.1.1; atau
 
 
RAJAH 5.1.1
 
5.1.2.   Berdasarkan Berat dengan Muatan (BDM) kenderaan.
 
             a)           BDM 2500KG - 5000KG
                    Ukuran maksimum 1000mm dikira dari titik paling luar tail gate hingga ke titik paling luar rear drawer seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 5.1.2(a).
 
                                                        RAJAH 5.1.2 (a)
 
 
               b)      BDM 2500KG dan ke bawah
           Ukuran maksimum 500mm yang dikira dari titik paling luar tail gate kenderaan hingga ke titik paling luar rear drawer seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 5.1.2 (b).
 
                                                    RAJAH 5.1.2 (b)
 
 
Contoh pengiraan panjang maksimum rear drawer yang dibenarkan:
 
Contoh 1
 
 

BDM               = 3500KG

Wheelbase     = 3300mm

ROH Asal       = 1650mm

Pilihan Pertama       : 1000mm

atau

Pilihan Kedua          : 80% daripada panjang wheelbase

                   Panjang wheelbase x 80%

                   3300 x (80/100) = 2640mm

                  Rear Drawer yang ditarik = (80% panjang wheelbase) - ROH Asal

             = 2640 – 1650

             =990mm

Berdasarkan pengiraan di atas, panjang rear drawer yang dibenarkan adalah 1000mm atau 990mm.

CONTOH 2:

Kenderaan mempunyai:

 

BDM              = 5000KG

Wheelbase   = 4200mm

ROH Asal     = 2100mm

Pilihan Pertama  : 1000mm

atau

Pilihan Kedua     : 80% daripada panjang wheelbase

Panjangwheelbase x 80%

4200 x (80/100) = 3360mm

Rear Draweryang ditarik = (80% panjang wheelbase) - ROH Asal

                                       = 3360 – 2100

                                       =1260mm

 

Berdasarkan pengiraan di atas, panjang rear drawer yang dibenarkan adalah 1000mm atau1260mm.

 

Kesimpulan:

Berdasarkan pengiraan, pemilik kenderaan diberi kelonggaran untuk memilih samada pilihan 1 atau pilihan 2 mengikut kesesuaian wheelbase dan panjang muatan yang dibawa.

 

Nota Penting:Pengiraan perlu berdasarkan panjang ROH 50% daripada panjang wheelbase walaupun kenderaan mempunyai panjang ROH kurang daripada 50%.

 

5.2.       Extension steel boleh dipasang pada body floor sub frame atauchassis main frame.
 
                                                                                      RAJAH 5.2
 
 
5.3.       Pemasangan extension steel mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 pin pengunci dan jarak bagi setiap pin pengunci sekurang-kurangnya 200mm. Ini bertujuan mengunci pergerakan rear drawer dan extension steel terutama ketika kenderaan sedang bergerak.
 
 
5.4.       Extension steel hendaklah dilengkapi dengan safety lock supaya pergerakan extension steel akan terkunci apabila panjang yang ditarik keluar mencapai panjang maksimum yang dibenarkan.
 
5.5.        Extension steel mestilah dicat dengan warna putih flourescent.
 
5.6.     Steel chain hendaklah dipasang pada rear drawer bagi menyokong berat beban. Pemasangan hendaklah kemas dan kukuh.
 
5.7.        Tambahan steel plate perlu dipasang pada tail gate bagi menyokong berat tail gate dan bebanan.
 
                                                      RAJAH 5.7
 
5.8         Spesifikasi minimum extension steel yang digunakan mestilah memenuhi kriteria berikut;
 
                    
 
 
 
6.0       SPESIFIKASI REAR DRAWER
 
6.1.       Lebar rear drawer mestilah tidak melebihi lebar bahagian belakang kenderaan dan tinggi rear drawer mestilah tidak melebihi tinggi pagar sisi kenderaan
 
                                                                   RAJAH 6.1
 
6.1.       Bahagian belakang rear drawer hendaklah ditandakan dengan reflective sticker (type 5) dan reflective stripes (type 1) MS 828 dan dilengkapi dengan lampu brek, lampu malam dan lampu penunjuk arah.
 
6.2.       Kedudukan reflective sticker, reflective stripes,lampu brek, lampu malam dan lampu penunjuk arah adalah seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah 6.4.
 
6.3.       Lisence light plate numberhendaklah dipasang pada rear drawer seperti gambar yang ditunjukkan pada gambar rajah 6.4.
 
                                                              RAJAH 6.4
 
6.5       Saiz bagi lampu brek, lampu malam dan lampu penunjuk arah tambahan hendaklah lebih besar daripada saiz yang asal.
 
7.0       SPESIFIKASI & KAEDAH PEMASANGAN Retro-reflective Marking (MS 828)
           
7.1.        Spesifikasi Reflector Stripes Type 1
                                                                                  RAJAH 7.1
 
 
7.2.        SpesifikasiReflector Sticker Type 5
 
 
                         RAJAH 7.2
 
7.3.       Pelekat boleh dipasang secara putus-putus (a) dengan syarat Jarak antara setiap pelekat pemantul cahaya haruslah tidak melebihi 50% daripada panjang pelekat, iaitu jarak tidak melebihi 150mm bagi pelekat Jenis 5 (satu warna sahaja) atau berterusan (b)
 
                                                              RAJAH 7.3
 
7.4.        Jarak antara pelekat haruslah konsisten
 
7.5.        Haruslah ditampal pada permukaan yang praktikal untuk dilihat dan dipantul selagimana mematuhi keperluan                  asas pemasangan
 
7.6.        Kaedah pemasangan adalah seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah 7.6
 
                                                      PANDANGAN HADAPAN
 
                                                                                 PANDANGAN SISI
 
8.0       KAEDAH-KAEDAH MEMBAWA MUATAN
 
8.1.       Semasa penggunaanrear drawer, muatan yang dibawa hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:
 
i.        Muatan yang dibawa hendaklah tidak boleh melebihi Berat Dengan Muatan (BDM) kenderaan;
ii.       Kedudukan muatan mestilah selari, rata dan berada dalam badan kenderaan;
iii.      Muatan perlu diikat dengan kemas, kuat, selamat dan teratur;
iv.  Rear drawer hanya dibenarkan untuk ditarik keluar semasa membawa muatan melebihi panjang badan kenderaan.Sekiranya tidak membawa muatan panjang, rear drawer hendaklah ditolak ke dalam badan kenderaan sepenuhnya;
 
 
 
RAJAH 8.1
 
8.2.        Berikut adalah syarat untuk membawa muatan secara condong
 
I.        Pemasangan H-bar adalah perlu bagi mengikat muatan kecuali pada kenderaan tipper dumper;
II.       Kedudukan muatan perlu diikat dengan kemas, kuat, selamat dan teratur pada H-bar;
III.      Panjang muatan yang diikat pada H-bar mestilah tidak boleh melebihi panjang cab.
IV.     Penggunaan tali jenis nilon untuk mengikat muatan TIDAK DIBENARKAN. Muatan perlu diikat dengan kemas,kuat, selamat menggunakan strap belt.
 
9.0       PENGUATKUASAAN
 
 
Bagi tujuan penguatkuasaan, mana-mana kenderaan membuat pemasanganstruktur tambahan rear drawer yang tidak mengikut arahan ini akan dikenakan tindakan.
 
10.0    LAMPIRAN
 
10.1    Pelan Teknikal PemasanganRear Drawer (BDM 2500KG - 5000KG)(JPJ/RD/01/2015)
 
 
10.2    Pelan Teknikal PemasanganRear Drawer (Kurang daripada BDM 2500KG) (JPJ/RD/02/2015)