ID mySIKAP merupakan satu kaedah mudah yang membolehkan pengurusan kenderaan, lesen memandu atau sebarang pembayaran berhubung urusniaga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaksanakan dengan cepat, cekap dan di persekitaran anda sendiri.

Cara-Cara Memohon ID mySIKAP
Hadirkan diri di kaunter JPJ berhampiran bagi membuat permohonan dan pengesahan identiti.
Layari www.jpj.gov.my. Daftar masuk kali pertama dan masukkan nombor rujukan pendaftaran yang diberikan.
Ikuti semua langkah bagi mengaktifkan akaun anda.
 
Pra-syarat Pendaftaran
1. Bagi pemegang MyKad, MyPR dan Paspot , anda haruslah berumur 16 tahun ke atas dan telah mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) rekod transaksi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Contoh transaksi - mempunyai lesen memandu yang sah, mempunyai rekod kenderaan yang sah, mempunyai saman atau notis dah sebagainya.
2. Pendaftaran Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan dengan tarikh luput sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh tarikh pendaftaran.
3. Pendaftaran Kerajaan / Badan Berkanun melibatkan sektor awam yang diiktiraf.
 
 
Pendekatan Jabatan

    Memperkenalkan Transaksi Dalam Talian mySIKAP
    mySIKAP merupakan transformasi sistem sokongan utama Jabatan iaitu SIKAP yang telah 20 tahun merealisasikan sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan secara dalam talian khusus bagi perkhidmatan teras Jabatan.

    Transformasi mySIKAP amat ketara apabila penyampaian perkhidmatan Jabatan dapat dilaksanakan pada kadar masa nyata (real-time) dalam talian melalui penaiktarafan infrastruktur ICT yang lebih stabil, mapan dan selamat.

    mySIKAP merangkumi empat (4) aplikasi perkhidmatan teras dan 18 aplikasi sokongan yang dihasilkan untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan yang bertaraf dunia kepada para pelanggan.

    mySIKAP menyediakan maklumat berpusat Jabatan yang memantapkan lagi analisis, pemantauan, perancangan masa depan, perkongsian maklumat dan pengurusan dalam membuat keputusan-keputusan penting yang lebih bersepadu dan tepat. Selain itu, mySIKAP bukan sahaja merupakan satu sistem yang akan mempermudah dan mempercepat proses kerja dan penyampaian perkhidmatan, malah akan turut memberi penekanan kepada produktiviti warga Jabatan dan kualiti perkhidmatan kerana ia menjadi keutamaan dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan cemerlang.

    Transformasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merupakan kaedah baru dalam perlaksanaan kerja yang melangkaui kebiasaan ke arah penghasilan modal insan yang mempunyai mentaliti kelas pertama dan infrastruktur kelas pertama.

    – YBHG DATO' SRI KETUA PENGARAH, JABATAN PENGANGKUTAN MALAYSIA Terperinci
     

    Memperkenalkan Portal Transaksi Rakan Niaga
    Portal Rakan Niaga, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia membolehkan transaksi pengurusan pendaftaran kenderaan dibuat secara dalam talian. Melalui portal ini, rakan niaga Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia akan menikmati beberapa perkhidmatan yang ditawarkan seperti – Maklumat Am Kenderaan (VIN), Maklumat Kenderaan yang melibatkan kelulusan jenis kenderaan (VTA), Laporan Pemeriksaan Kenderaan PUSPAKOM, Maklumat Status Kenderaan (Tuntut / Batal) bagi Institusi Kewangan, Butiran Pemilik, Maklumat Cukai Kastam dan Bayaran (Kastam DiRaja Malaysia), Maklumat Permit Lulus AP Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Maklumat Insurans Kenderaan dari Syarikat Insurans. Terperinci
     

    Memperkenalkan Portal Kakitangan Jabatan (JPJ)
    Portal Kakitangan JPJ berfungsi sebagai pusat akses tunggal bagi kakitangan dalam menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai.Melalui portal ini, maklumat dapat dikategorikan ke dalam kumpulan dan topik yang spesifik untuk memudahkan interaksi dan akses maklumat.

    Fungsi-fungsi yang ditawarkan termasuklah, menguruskan profil pengguna, emel, pengurusan buku kenalan emel, kalendar, kerjasama dalam talian, repositori umum, perpustakaan dokumen, pengurusan aliran kerja dan pengurusan sumber. Terperinci
     
    Akademi Jabatan (JPJ) Malaysia
    Kewujudan Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia merupakan pemangkin kepada usaha–usaha pembangunan sumber manusia di Jabatan Pengangkutan Jalan menerusi perancangan dan pelaksanaan latihan yang berkualiti. Penubuhan Akademi ini juga akan dapat mengukuhkan potensi modal insan JPJ agar sentiasa releven dengan senario semasa di mana kakitangan JPJ perlu dilatih dengan aplikasi terkini, menyerap sistem dan pemikiran baru, mengamalkan nilai murni dan ada jati diri malah memiliki daya usaha untuk menyelesaikan permasalahan rakyat selaku pelanggan. Terperinci
Maklumat

Skuad Muda 1JPJ
 
Skuad Muda 1JPJ
Automated Enforcement System (AES)
Automated Enforcement System (AES)
Media dan Akhbar
Maklumbalas jawapan kepada surat dan pertanyaan berhubung aduan ataupun persoalan dari orang awam...
Senarai Institut Memandu
Senarai Institut memandu berdaftar seluruh Malaysia...
Tender dan Sebut harga
 
Senarai sebut harga...
Aktiviti Dan Tender Nombor Pendaftaran
Aktiviti dan tender nombor pendaftaran...
Senarai Bengkel Kejuruteraan dan Syarikat Jurutera Perunding
Senarai bengkel kejuruteraan dan syarikat jurutera perunding berdaftar Malaysia...
Senarai Bengkel NGV
Senarai bengkel NGV berdaftar Malaysia...