Pengubahsuaian Kenderaan Persendirian

Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang
pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya iaitu :

PEMERIKSAAN KENDERAAN-KENDERAAN MOTOR DAN PEMBERIAN MAKLUMAT KEPADA
KETUA PENGARAH


1.   Ketua Pengarah atau seseorang Pengarah boleh pada bila-bila masa sebelum pendaftaran sesuatu kenderaan
motor menghendaki supaya kenderaan motor itu dibawa ke mana-mana tempat yang sesuai yang dinyatakan olehnya
dan diperiksa dan , jika perlu , ditimbang dan diukur dan selepas didaftarkan boleh pada bila-bila masa menghendaki
supaya kenderaan motor itu dibawa seperti yang tersebut dahulu jika dia mempunyai sebab bagi mempercayai.

              a)  bahawa kenderaan motor itu tidak mematuhi kehendak-kehendak Akta ini;
              b)  bahawa apa-apa maklumat yang diberikan kepadanya berkenaan dengan kenderaan motor itu
                    adalah palsu , tidak betul atau mengelirukan;
              c)  bahawa kenderaan motor itu tidak berada dalam keadaan boleh guna ; atau
              d)  bahawa berat , dimensi , ciri-ciri, pembinaan,warna, butir butir pengenalan atau tempat duduk
                    telah diubah selepas pendaftarannya.

2.   Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan hendaklah dengan serta merta memberitahu Pengarah secara bertulis
akan apa-apa hal keadan atau kejadian yang menyentuh ketepatan apa-apa catatan dalam daftar berhubungan dengan
kenderaan motor dan hendaklah pada masa yang sama menyampaikan atau menyerahkan.

3.   Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan motor hendaklah apabila dikehendaki oleh Pengarah berbuat
demikian :-

              a)  dengan serta merta memberikan kepada Pengarah segala maklumat yang diperlukan bagi maksud
                    menentusahkan catatan-catatan berhubungan dengan kenderaan motor itu di dalam daftar; dan
              b)  dengan serta-merta mengemukakan atau menyerahkan kepada Pengarah akan perakuan
                    pendaftaran berhubung dengan kenderaan motor itu

4.   Selepas sesuatu kenderaan motor diperiksa , ditimbang atau diukur dibawah subseksyen (1), atau setelah
menerima apa-apa maklumat atau bukti yang diberi berkenaan dengan sesuatu kenderaan motor di bawah
subseksyen (2) atau (3) , Pengarah boleh membuat apa-apa pindaan di dalam daftar dan perakuan pendaftaran
berhubungan dengan kenderaan motor itu sebagaimana yang difikirkannya perlu, dan hendaklah mengembalikan
perakuan pendaftaran itu kepada pemunya berdaftar.

5.   Mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah gagal mematuhi apa-apa kehendak Ketua Pengarah atau
seorang Pengarah di bawah subseksyen (1) atau di bawah subsekyen (2) atau (3) adalah melakukan kesalahan.

 

PENGUBAHSUAIAN MOTOSIKAL

Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada
JPJ adalah seperti berikut :-

1.  Pemasangan pengadang angin
2.  Pemasangan penutup lampu fibreglass (fairing)
3.  Pemasangan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal
4.  Pemasangan disc brake hadapan atau belakang bertujuan meningkatkan tahap kecekapan brek.

Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :-

1.  Pemasangan foot rest melibatkan pengubahsuaian tapak / kedudukan asal.
2.  Penukaran / pengubahsuaian ekzos yang tidak mengikut spesifikasi asal pengilang.
3.  Pemasangan cover sets / fairing yang mengubah indentiti asal.

PENGUBAHSUAIAN KENDERAAN PERSENDIRIAN

Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada
JPJ. Namun begitu, pengubahsuaian atau pemasangan aksesori tersebut mestilah
mengikut panduan yang telah ditetapkan. Senarai pengubahsuaian tersebut adalah seperti berikut:-

1.  Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.
2.  Pemasangan door visor pada kenderaan.
3.  Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards
     (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.
4.   Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
5.   Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan
6.   Pemasangan membawa tangga / bot / surf board
7.   Penukaran kotak gear manual / automatik
8.   Pemasangan kanopi / kanvas
9.   Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel
10. Pemasangan roof-rack (para bumbung) / Bike Carrier
11. Pemasangan spotlight

Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada kenderaan persendirian yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :-

1.  Pemasangan bodypart / bodykit yang menyebabkan perubahan pada identiti kenderaan.
2.  Pemasangan rollcage sebagai aksesori dalaman pada kenderaan.
3.  Pemasangan lampu HID secara retrofit.
4.  Penukaran sistem pacuan.
5.  Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian
     hadapan atau belakang kereta.
6.  Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain
     warna merah / amber pada bahagian belakang.
7.  Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
8.  Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%.
9.  Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin sisi dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50%.

JENIS-JENIS PENGUBAHSUAIAN PADA KENDERAAN PERSENDIRIAN DAN PERDAGANGAN YANG PERLU MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU DARIPADA JPJ.

Kenderaan Persendirian

1. Pengubahsuaian ke atas kenderaan OKU.
2. Penukaran sistem bahan bakar.
3. Penukaran enjin.
4. Status kenderaan Vintaj/Klasik
5. Penukaran Panel struktur kenderaan (kes kemalangan)

Kenderaan Perdagangan

1. Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
2. Pemasangan iklan (utk kenderaan decontrolled sahaja)
3. Mengubah bilangan tempat duduk
4. Penukaran Had Berat
5. Pemasangan Pagar Sisi & Kanvas
6. Penukaran Kabin
7. Pemasangan Lantai/Lapik Besi
8. Mengubah Kegunaan Kenderaan
9. Penukaran Gandar
10.Penukaran Jenis Badan

Makluman : Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan boleh dikemukakan kepada
Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri yang berhampiran.