Kenyataan
  1. Adalah dimaklumkan bahawa senarai lokasi yang dinyatakan disini adalah merupakan cadangan lokasi pemasangan kamera AES.
  2. Penetapan setiap lokasi yang akan dipasang dengan kamera adalah tertakluk kepada hasil pemeriksaan lokasi bagi mengesahkan lokasi yang dicadangkan (sites verification) sebelum diluluskan pemasangan kamera oleh pihak JPJ.
  3. Pemeriksaan dan pengesahan lokasi akan dilakukan oleh pasukan petugas AES yang diketuai oleh JPJ.
  4. Bagi mengelakkan kekeliruan dikalangan orang ramai, JPJ telah mengeluarkan maklumat berkenaan dengan kordinat lokasi. Walaubagaimanapun, kordinat ini akan dimasukkan semula setelah pemeriksaan dan pengesahan akhir dilakukan oleh pasukan petugas AES sebelum pemasangan kamera dilakukan dilokasi.
  5. JPJ juga ingin memaklumkan bahawa pada masa ini hanya 14 lokasi sahaja yang telah dikuatkuasakan dengan AES seperti yang berwarna kuning dalam senarai. Bagi lokasi-lokasi lain yang dicadangkan, pemasangan dan penguatkuasaan AES belum lagi dilaksanakan. Oleh itu dakwaan yang menyatakan telah terdapat kamera yang dipasang dilokasi-lokasi berkenaan adalah tidak benar. JPJ ingin menegaskan bahawa orang ramai akan dimaklumkan tentang senarai lokasi pemasangan kamera sebelum penguatkuasaan dilaksanakan dilokasi berkenaan

 

Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES

Pelaksanaan AES akan dilakukan secara berperingkat, untuk fasa pertama, kamera AES telah dipasang di 14 lokasi blackspot yang merupakan lokasi yang sering berlaku kemalangan maut di negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Berikut adalah senarai lokasi pemasangan kamera AES tersebut.

 

Sidang media mengenai AES -->   http://www.theedgemalaysia.com

Keratan Akhbar Mengenai AES --> 10 Perkara AES

Keratan akhbar mengenai AES bagi tahun 2012 --> Januari | April | Jun