Artikel Pilihan

PANDUAN PERTUKARAN HAK MILIKAN KENDERAAN MOTOR SELAIN SECARA SUKARELA MELALUI PENGESAHAN BIOMETRIK


1.            SYARAT AM:

 

a.            Pemunya baharu(pembeli) bagi kenderaan milik persendirian individu hendaklah hadir sendiri untuk membuat pengesahan                  cap jari secara biometrik;

b.            Wakil boleh dilantik bagi mewakili pemunya baharu bagi kenderaan yang bukan milik persendirian individu;

c.            Dokumen asas:

     i.        Pengesahan Identiti individu:

  •  Pemunya baharu hendaklah membawa bersama dokumen pengenalan diri antaranya seperti myKad, myPR, myTentera, dan  passport.  

   ii.        Pengesahan identiti Kerajaan / bank / syarikat kewangan / insurans /  Pertubuhan / Koperasi / Syarikat Sendirian Berhad / Syarikat               Berhad / Perniagaan Milikan Tunggal / Perniagaan Perkongsian / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan / Kedutaan /                           Pesuruhjaya Tinggi / Konsulat / Pertubuhan Antarabangsa:

  • Salinan borang 49, salinan resolusi persetujuan penjualan kenderaan, borang 9 atau borang 13 yang disahkan oleh setiausaha syarikat atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) (mana-mana yang berkenaan); atau
  • Salinan borang D yang disahkan SSM; atau
  • Apa-apa dokumen lain yang berkaitan pengesahan identiti.


  iii.      Surat rasmi lantikan wakil hendaklah dibawa bersama oleh wakil;

  • syarat di 1.a.i adalah juga terpakai ke atas wakil.

  iv.      Borang JPJK3A yang lengkap diisi dibawa bersama oleh pemunya baharu atau wakil pemunya baharu

   v.      Perakuan pendaftaran kenderaan motor.

d.            Tiada sekatan kepada urusniaga THMSS seperti rekod tuntutan hakmilik oleh syarikat kewangan, rekod cukai kastam yang                belum diselesaikan, rekod senaraihitam dan sebagainya;

e.            Kenderaan motor hendaklah dibawa untuk pemeriksaan di PUSPAKOM kecuali motosikal;

f.            Permit kenderaan perdagangan bagi pemunya berdaftar telah dibatalkan terlebih dahulu;

g.            Fi dibayar seperti yang ditetapkan;

h.            Kenderaan Perdagangan

     i.        Khusus untuk kenderaan off-road hendaklah menjalani Pemeriksaan Khas (B2) di Puspakom terlebih dahulu;                                         ii.        Khusus untuk kenderaan jentera / kenderaan bomba / trak tunda / kenderaan mayat / hendaklah menjalani pemeriksaan awalan                  PG11A / PG13B;

   iii.       Surat pembatalan permit / surat kelulusan ubahsyarat oleh SPAD / LPKP / Kementerian Pelancongan;

  iv.        Surat tawaran kelulusan lesen atau surat kelulusan ubahsyarat;

   v.        Borang JPJK1 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai decontrolled;atau

  vi.        Borang JPJK11 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai off-road;

 vii.       Salinan surat pengecualian daripada Perbendaharaan / MITI / kastam yang disahkan (jika berkenaan).

 

2.            SYARAT KHAS / DOKUMEN KHAS

a.            Kenderaan motor yang ditarik balik (Repossessed) tertakluk di bawah Akta Sewa Beli 1967:

i.        Salinan Notis Tuntutan Penamaan (Jadual 5);

ii.        Salinan Notis Niat Pengambilalihan Kenderaan (Jadual 4).

b.            Kenderaan motor yang ditarik balik (Repossessed) yang tidak tertakluk di bawah Akta Sewa Beli 1967

i.        Salinan notis penarikan balik kenderaan mengikut perjanjian.

c.            Kenderaan motor milik pemilik berdaftar yang sudah meninggal dunia

i.        Salinan perintah Mahkamah Tinggi yang disahkan oleh Mahkamah;atau

ii.        Salinan Surat Geran Probet yang disahkan oleh Mahkamah;atau

iii.        Salinan Surat Pentadbir Pusaka yang disahkan oleh Mahkamah;atau

iv.        Salinan Perintah Pembahagian / Perintah Pemberian Surat Kuasa Mentadbir di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)                  1955 yang disahkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian;atau

v.        Salinan Perintah Faraid yang disahkan oleh Mahkamah Syariah:

  • Akuan sumpah (dibuat oleh pewaris seperti dalam perintah faraid) berkenaan penolakan harta hendaklah disertakan bersama;
  • akuan sumpah hendaklah dibuat dihadapan pesuruhajaya sumpah yang berkhidmat dengan kerajaan / Majistret / Hakim;
  • Akuan sumpah ini hendaklah disertakan bersama apabila Perintah Faraid tidak menyatakan penama / pewaris kepada kenderaan motor milik si mati.

vi.        Salinan Jadual Tiga oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah yang disahkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah;atau                               vii.        Salinan Perintah dalam bentuk Form C yang disahkan oleh Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.

d.            Kenderaan Motor yang dilucuthak kepada Agensi Kerajaan

i.        Salinan Perintah Pelucutanhak yang disahkan oleh Mahkamah yang mengeluarkan perintah tersebut.

e.            Kenderaan Motor bagi kategori hilang curi / kenderaan yang Beyond Economic Repair(BER) / Total Lost oleh pihak insurans

i.        Salinan surat tawaran tuntutan dari insurans;

ii.        Salinan surat bukti pembayaran pampasan;

iii.        Salinan surat bukti penerimaan bayaran pampasan;

iv.        Salinan borang Pelepasan dan Tanggung Rugi (Discharge and Indemnity).  


    Permohonan Pelekat Kenderaan OKU
    Panduan permohonan pelekat kenderaan OKU seterusnya
    Kadar Bayaran Bagi Pelesenan Kenderaan
    Jadual bayaran bagi urusan yang melibatkan perlesenan dan pendaftaran. seterusnya
    Panduan Memohon Nombor Pendaftaran Kenderaan
    Senarai kategori nombor pendaftaran. seterusnya
    Pelaksanaan Pendaftaran Kenderaan Import
    Pendaftaran secara eDaftar bagi pemegang AP individu. seterusnya
    Panduan Tukar Hakmilik Selain Dari Sukarela
    Melibatkan kenderaan yang ditarik balik atau pemilik berdaftar meninggal dunia. seterusnya
    Panduan Tukar Hakmilik Secara Sukarela
    Melibatkan perjanjian oleh pemilik berdaftar dan pemilik baru. seterusnya
    Prosedur Pembatalan Kenderaan Musnah
    Bagi membatalkan pendaftaran, menyekat transaksi dan melupuskan kenderaan. seterusnya
    Prosedur Pemindahan Nombor Pendaftaran Kenderaan
    Dari kenderaan asal ke kenderaan yang belum didaftarkan. seterusnya
    Prosedur Permohonan Pengecualian LKM
    Bagi pertubuhan Keagamaan/Kebajikan. seterusnya
    Panduan Pengiraan Kadar (LKM)
    Garis panduan pengiraan kadar LKM bagi Kenderaan di Semenanjung. seterusnya
    Prosedur Pembayaran Balik LKM (refund)
    Bagi baki bayaran balik tidak kurang dari RM5.00. seterusnya
    Pengeluaran Salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan
    Hanya boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar. seterusnya
    Panduan Memohon LPKM
    Hanya dikeluarkan kepada pembuat , pembaiki atau peniaga kenderaan sahaja. seterusnya
    Permohonan Melesen Kenderaan Perdagangan
    Kenderaan perdagangan BDM 5000 kg ke bawah (d'controlled). seterusnya
    Panduan Memohon Lesen Kenderaan Motor
    Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM). seterusnya