Artikel Pilihan

 


PANDUAN PERTUKARAN HAK MILIKAN KENDERAAN MOTOR SECARA SUKARELA MELALUI PENGESAHAN BIOMETRIK

1.            SYARAT AM:

a.            Pemilik berdaftar(penjual) dan pemunya baharu(pembeli) bagi kenderaan persendirian individu hendaklah hadir sendiri bagi urusan pengesahan cap jari secara biometrik;

 b.            Wakil hanya boleh dilantik bagi pihak pemilik berdaftar atau pemunya baharu bagi kenderaan selain milik persendirian individu;

c.            Dokumen asas:

     i.        Pengesahan identiti individu:

  •  Pemilik berdaftar dan Pemunya baharu hendaklah membawa bersama dokumen pengenalan diri antaranya seperti myKad, myTentera, myPR dan passport. 

    ii.        Pengesahan identiti Kerajaan / bank / syarikat kewangan / insurans /  Pertubuhan /                          Koperasi / Syarikat Sendirian Berhad / Syarikat Berhad / Perniagaan Milikan Tunggal /                   Perniagaan Perkongsian / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan / Kedutaan /                       Pesuruhjaya Tinggi / Konsulat / Pertubuhan Antarabangsa:

  • Salinan borang 49, salinan resolusi / minit mesyuarat berkenaan persetujuan penjualan kenderaan, borang 9 atau borang 13 yang disahkan oleh setiausaha syarikat atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) (mana-mana yang berkenaan);atau
  • Salinan borang D yang disahkan SSM;atau
  • Apa-apa dokumen lain yang berkaitan pengesahan identiti (yang berkaitan);
  • Surat persetujuan penjualan kenderaan motor.  

      iii.        Surat rasmi lantikan wakil hendaklah dibawa bersama oleh wakil;

  • syarat di 1.a.i adalah juga terpakai ke atas wakil.

      iv.        Borang JPJK3 yang lengkap diisi;

       v.        Perakuan pendaftaran kenderaan motor.

d.            Tiada sekatan kepada urusniaga THM seperti rekod tuntutan hakmilik oleh syarikat kewangan, rekod cukai kastam yang belum diselesaikan, rekod senaraihitam dan sebagainya;

e.            Kenderaan motor kecuali motosikal hendaklah dibawa untuk pemeriksaan di PUSPAKOM;

f.             Permit kenderaan perdagangan bagi pemunya berdaftar telah dibatalkan terlebih dahulu;

g.            Fi dibayar seperti yang ditetapkan.

 

2.            SYARAT KHAS / DOKUMEN KHAS

 a.            Pemilik berdaftar yang berada di luar negara

       i.        Salinan passport yang disahkan oleh Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada;

      ii.        Akuan persetujuan penjualan yang ditandatangani oleh pemilik berdaftar dihadapan dan disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada.

b.            Pemilik berdaftar yang tidak dapat dikesan atau tidak dapat dihubungi

      i.        Perintah Mahkamah.

c.            Kenderaan milik syarikat / perkongsian yang telah digulungkan / dalam proses pembubaran yang diuruskan oleh Receivers and Managers / Liquidators

     i.        Surat persetujuan penjualan kenderaan;

    ii.        Salinan borang 59 yang disahkan oleh SSM;atau

   iii.        Salinan borang 70 yang disahkan oleh SSM;atau

   iv.        Salinan borang 72 yang disahkan oleh SSM;

 

d.            Kenderaan Perdagangan

    i.        Khusus untuk kenderaan off-road hendaklah menjalani Pemeriksaan Khas (B2) di Puspakom terlebih dahulu;

   ii.        Khusus untuk kenderaan jentera / kenderaan bomba / trak tunda / kenderaan mayat / hendaklah menjalani pemeriksaan awalan PG11A / PG13B;

 iii.        Surat pembatalan permit / surat kelulusan ubahsyarat oleh SPAD / LPKP / Kementerian Pelancongan;

 iv.        Surat tawaran kelulusan lesen atau surat kelulusan ubahsyarat;

  v.        Borang JPJK1 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai decontrolled;atau

 vi.        Borang JPJK11 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai off-road;

 vii.        Salinan surat pengecualian daripada Perbendaharaan / MITI / kastam yang disahkan (jika berkenaan).

 
    Permohonan Pelekat Kenderaan OKU
    Panduan permohonan pelekat kenderaan OKU seterusnya
    Kadar Bayaran Bagi Pelesenan Kenderaan
    Jadual bayaran bagi urusan yang melibatkan perlesenan dan pendaftaran. seterusnya
    Panduan Memohon Nombor Pendaftaran Kenderaan
    Senarai kategori nombor pendaftaran. seterusnya
    Pelaksanaan Pendaftaran Kenderaan Import
    Pendaftaran secara eDaftar bagi pemegang AP individu. seterusnya
    Panduan Tukar Hakmilik Selain Dari Sukarela
    Melibatkan kenderaan yang ditarik balik atau pemilik berdaftar meninggal dunia. seterusnya
    Panduan Tukar Hakmilik Secara Sukarela
    Melibatkan perjanjian oleh pemilik berdaftar dan pemilik baru. seterusnya
    Prosedur Pembatalan Kenderaan Musnah
    Bagi membatalkan pendaftaran, menyekat transaksi dan melupuskan kenderaan. seterusnya
    Prosedur Pemindahan Nombor Pendaftaran Kenderaan
    Dari kenderaan asal ke kenderaan yang belum didaftarkan. seterusnya
    Prosedur Permohonan Pengecualian LKM
    Bagi pertubuhan Keagamaan/Kebajikan. seterusnya
    Panduan Pengiraan Kadar (LKM)
    Garis panduan pengiraan kadar LKM bagi Kenderaan di Semenanjung. seterusnya
    Prosedur Pembayaran Balik LKM (refund)
    Bagi baki bayaran balik tidak kurang dari RM5.00. seterusnya
    Pengeluaran Salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan
    Hanya boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar. seterusnya
    Panduan Memohon LPKM
    Hanya dikeluarkan kepada pembuat , pembaiki atau peniaga kenderaan sahaja. seterusnya
    Permohonan Melesen Kenderaan Perdagangan
    Kenderaan perdagangan BDM 5000 kg ke bawah (d'controlled). seterusnya
    Panduan Memohon Lesen Kenderaan Motor
    Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM). seterusnya