Artikel Pilihan

JPJ telah melaksanakan prosedur pendaftaran kenderaan secara e-Daftar mulai tahun 2001, dengan Fasa Pertama melibatkan kenderaan pemasangan dan buatan tempatan.

Melalui sistem ini, data pendaftaran kenderaan dihantar secara elektronik oleh pembuat dan pemasang kenderaan.

Berkuatkuasa 1 Jun 2010, penggunaan sistem e-Daftar telah diperluaskan dan dikuatkuasakan ke atas pendaftaran kenderaan import dengan kemasukan data ke dalam sistem JPJ dibuat oleh syarikat pengimport kenderaan. Penguatkuasaan ini juga dilaksanakan ke atas kenderaan import yang dibawa masuk menggunakan AP Individu.

Bagi pemegang AP Individu, kemasukan maklumat pendaftaran kenderaan ke dalam sistem e-Daftar boleh dilakukan melalui salah satu daripada tiga (3) Gateway Providers (GP) seperti berikut:

Nama GP Pegawai Yang Boleh Dihubungi No. Telefon dan Faks
Cuscapi Berhad
Level 1, Blok B, Peremba Square
Saujana Resort
Seksyen U2
40150 Shah Alam
Selangor
www.cuscapi.com
Encik Jackal Chin
(jhchin@cuscapi.com) 
Tel: 03-7623 7764
Faks: 03-7622 1999
Drosstech Sdn Bhd
SW-03-17, Cova Square
Jalan Teknologi
Kota Damansara, PJU5
47810 Petaling Jaya
Selangor
www.drosstech.com.my

Encik Fauzi Manan
(fauzi@drosstech.com.my)

Encik Mohd Khamadi
(khamadi@drosstech.com.my)

Tel: 03-6142 4577
Faks: 03-6142 4577
Synergycentric Sdn Bhd
Level 2,
Wisma Amtek,
No. 15, Jalan Tandang,
46050 Petaling Jaya,
Selangor.
speks@pstv.com.my Tel: 03-7787 9760
Faks: 03-7985 7991

Dokumen yang perlu dikemukakan kepada GP bagi proses kemasukan data pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Dokumen pengenalan diri pemilik
  2. Salinan Lesen Import (AP)
  3. Salinan Borang Kastam K1 dan
  4. Salinan Laporan Pemeriksaan Kenderaan di PUSPAKOM.

Bayaran perkhidmatan sebanyak RM50 akan dikenakan bagi setiap kemasukan dan penghantaran data ke pengkalan data JPJ. Walaubagaimanapun, bayaran bagi sebarang perkhidmatan tambahan adalah tertakluk kepada persetujuan di antara pihak GP dengan pemegang AP.

Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan sistem e-Daftar boleh diajukan ke Bahagian Pelesenan Kenderaan, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia di talian 03-8886 6427.


    Permohonan Pelekat Kenderaan OKU
    Panduan permohonan pelekat kenderaan OKU seterusnya
    Kadar Bayaran Bagi Pelesenan Kenderaan
    Jadual bayaran bagi urusan yang melibatkan perlesenan dan pendaftaran. seterusnya
    Panduan Memohon Nombor Pendaftaran Kenderaan
    Senarai kategori nombor pendaftaran. seterusnya
    Pelaksanaan Pendaftaran Kenderaan Import
    Pendaftaran secara eDaftar bagi pemegang AP individu. seterusnya
    Panduan Tukar Hakmilik Selain Dari Sukarela
    Melibatkan kenderaan yang ditarik balik atau pemilik berdaftar meninggal dunia. seterusnya
    Panduan Tukar Hakmilik Secara Sukarela
    Melibatkan perjanjian oleh pemilik berdaftar dan pemilik baru. seterusnya
    Prosedur Pembatalan Kenderaan Musnah
    Bagi membatalkan pendaftaran, menyekat transaksi dan melupuskan kenderaan. seterusnya
    Prosedur Pemindahan Nombor Pendaftaran Kenderaan
    Dari kenderaan asal ke kenderaan yang belum didaftarkan. seterusnya
    Prosedur Permohonan Pengecualian LKM
    Bagi pertubuhan Keagamaan/Kebajikan. seterusnya
    Panduan Pengiraan Kadar (LKM)
    Garis panduan pengiraan kadar LKM bagi Kenderaan di Semenanjung. seterusnya
    Prosedur Pembayaran Balik LKM (refund)
    Bagi baki bayaran balik tidak kurang dari RM5.00. seterusnya
    Pengeluaran Salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan
    Hanya boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar. seterusnya
    Panduan Memohon LPKM
    Hanya dikeluarkan kepada pembuat , pembaiki atau peniaga kenderaan sahaja. seterusnya
    Permohonan Melesen Kenderaan Perdagangan
    Kenderaan perdagangan BDM 5000 kg ke bawah (d'controlled). seterusnya
    Panduan Memohon Lesen Kenderaan Motor
    Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM). seterusnya