Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.

Pengecualian khas pemasangan cermin gelap

Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap.

Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda:

  1. Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama;dan
  2. Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.

Cara-cara memohon

Pemohon perlu membuat permohonan secara bertulis kepada Pengarah Penguatkuasa JPJ Malaysia dan  hendaklah mengisi Borang CG1 yang boleh didapati daripada mana-mana JPJ Negeri secara percuma. Semua permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-

  1. Salinan kad pengenalan dan kad Pendaftaran Kenderaan  yang telah disahkan.
  2. Surat pengesahan daripada Pakar Perubatan Kerajaan termasuk rekod-rekod Perubatan yang terkini.
  3. Bagi permohonan untuk tujuan keselamatan sertakan dokumen sokongan daripada Ketua Polis Negeri.

Kelulusan

Semua permohonan akan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan untuk kelulusan.

Tempoh

Tempoh kelulusan penggunaan cermin gelap adalah satu tahun sahaja dan perlu diperbaharui.

Pembaharuan

Permohonan memperbaharui kelulusan cermin gelap hendaklah dibuat tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh kelulusan dengan menyertakan dokumen berikut:

  1. Borang CG1 yang telah diisi dengan lengkap.
  2. Salinan kad pengenalan dan Kad Pendaftaran  yang telah disahkan.
  3. Surat pengesahan daripada Pakar Perubatan Kerajaan serta rekod-rekod Perubatan yang terkini (bagi tujuan kesihatan).
  4. Surat sokongan daripada Ketua Polis Negeri (bagi tujuan keselamatan).
  5. Salinan Sijil Kelulusan Cermin Gelap.
 

         
    Penggunaan Semula Nombor Pendaftaran Kenderaan
    Selaras dengan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987... seterusnya
    Pelaksanaan Kadar Kompaun Baru
    Kadar kompaun baru bagi kesalahan motosikal 250CC dan selain motosikal 250CC. seterusnya
    Larangan Penggunaan Kenderaan Barangan
    Larangan penggunaan kenderaan semperna musim perayaan. seterusnya
    Pemakaian Tali Pinggang Keledar
    Peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang. seterusnya
    Sistem Profail Pemandu Vokasional (SPPV)
    Maklumat mengenai profail pemandu vokasional. seterusnya
    Sistem Kejara
    Sistem mata demerit kesalahan jalanraya keatas pemandu kenderaan. seterusnya
    Pemasangan Cermin Gelap
    Spesifikasi pemasangan cermin gelap - depan / belakang dan tepi. seterusnya
    Prosedur Menuntut Kenderaan Disita JPJ
    Bagi mengenal pasti identiti pemandu/kenderaan. seterusnya
    Cara Membayar Saman JPJ
    Pembayaran di pejabat JPJ negeri atau melalui eServices. seterusnya
    Prosedur Memohon Permit ICP Bagi Kenderaan Luar Negeri
    Peraturan bagi kenderaan dan pemandu asing yang memasuki Malaysia seterusnya