PEMBAHARUAN LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL)

Pembaharuan lesen belajar memandu boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ, kiosk eKhidmat dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad (PMB)  

Syarat- syarat pembaharuan:

  • Tempoh LDL tidak melebihi 2 tahun
  • Tidak disenaraihitamkan


Dokumen yang diperlukan:

  • MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;
  • Pengenalan diri asal wakil;
  • Lesen memandu asal/salinan;
  • Dokumen pengenalan diri wakil yang asal;
  • 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm;
  • Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga asing);
  • Bayaran RM20.00 untuk 3 bulan, RM40.00 untuk 6 bulan bagi kelas B & C. (Kelas A/A1 atau B2 tunggal RM2.00). Bayaran RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) bagi kelas D & ke atas.