Artikel Pilihan

Permohonan Permit Memandu Antarabangsa (IDP- International Driving Permit) boleh dibuat di mana-mana  pejabat JPJ Negeri/Cawangan atau di pejabat Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

 

Kelayakan bagi permohonan IDP:

  • Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang masih berkuatkuasa melebihi 1 tahun
  • Pemilik tidak disenaraihitamkan
  • Tempoh IDP adalah 1 tahun sahaja

Dokumen yang diperlukan:

  • Pengenalan Diri asal / salinan
  • Pengenalan Diri asal sekiranya urusniaga dibuat oleh wakil
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL) 
  • 1 keping gambar berwarna berukuran pasport