Permohonan Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara (Bukan Automatik).
 

Permohonan pertukaran lesen memandu luar negara bagi lesen memandu daripada negara-negara yang diiktiraf sebagai pertukaran bukan secara automatik boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan atau Bahagian Pelesenan Pemandu, Ibu Pejabat JPJ Putrajaya sahaja. Ibu Pejabat JPJ akan memberikan kelulusan khas sebelum pemohon memohon pertukaran lesen di JPJ Negeri/Cawangan
 

Syarat- syarat pertukaran lesen luar negara (bukan automatik):

  • Permohonan boleh dikemukakan dimana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan atau Bahagian Pelesenan Pemandu, Ibu Pejabat JPJ Putrajaya.
  • Permohonan hanya layak dipertimbangkan bagi negara yang tersenarai dalam Penjanjian United Nation Conference Transport Geneva 1968.
  • Pertukaran lesen  memandu luar negara hanya dibenarkan sekali sahaja.
  • Permohonan bagi bukan warganegara Malaysia, tempoh Pass Jangka Panjang hendaklah berkuatkuasa melebihi 3 bulan.
  • Lesen Memandu domestik luar negara  yang masih berkuatkuasa  sekurang-kurangnya 1 bulan dari tarikh permohonan.
  • Memiliki Lesen Memandu Domestik Luar Negara setara dengan Lesen Memandu Kompeten dan Lesen Memandu Percubaan Malaysia.
  • Bagi pemohon yang memegang lesen memandu luar negara kurang dari tempoh 2 tahun, kelayakan adalah Lesen Percubaan (PDL) manakala bagi yang memiliki lesen lebih dari 2 tahun kelayakan adalah Lesen Kompeten (CDL).
  • Pertimbangan hanya bagi kelas B2 (motosikal) dan kelas D (motokar).
  • Pemegang lesen perlu hadir sendiri.
Dokumen yang diperlukan:

  • MyKad/ Pasport dan Pass Jangka Panjang (asal dan salinan);
  • Salinan cop keluar masuk negara pengeluar lesen dalam pasport;
  • Lesen Memandu domestik luar negara yang masih berkuatkuasa (asal dan salinan);
  • Pengesahan dan terjemahan Lesen Memandu Luar Negara daripada kedutaan negara pengeluar lesen atau pengesahan dari pihak berkuasa pengeluar yang bertanggungjawab ke atas maklumat  lesen berkenaan.
INFO:     Dokumen-Dokumen Tambahan Bergantung Kepada Kategori Visa Pemohon:

  • Warganegara Malaysia/penduduk tetap(myPR);
  • Pemegang Pasport;
Ø  Peserta ‘Malaysia My Second Home Programme’
  • Mengemukakan Surat Kelulusan daripada Jabatan Imigresen Malaysia
Ø  Pemegang pas residen (talent corp)

  • Mengemukakan surat kelulusan daripada Talent Corp
Ø  Berkahwin dengan warganegara Malaysia

  • Mengemukakan Kad Daftar Kahwin/Sijil Nikah dari Malaysia sahaja
  • Pengenalan diri pasangan
Ø  Pelajar PHD

  • Surat Pengesahan daripada Universiti berkaitan
  • Kad Pelajar
Ø  Pemegang pas pekerjaan yang berkhidmat di sektor kerajaan/badan berkanun/ GLC (Government linked Companies)

  • Mengemukakan kontrak kerja/pengesahan majikan
Ø  Pas Tanggungan (Dependent Pass)

  • Pasport/ visa pasangan/ penjaga
  • Lesen Memandu Malaysia pasangan/penjaga jika ada

 

INFO:Semakan permohonan boleh dilakukan selepas 30 hari bekerja di mana-mana JPJ Negeri/Cawangan atau secara atas talian melalui portal JPJ.

INFO: Permohonan yang telah diluluskan boleh mendapatkan Lesen Memandu Malaysia di mana-mana JPJ Negeri/Cawangan dengan mengemukakan:

  • MyKad/Pasport dan Pass Jangka Panjang  (asal dan salinan)
  • Lesen Memandu domestik luar negara  asal
  • 1 keping gambar berwarna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm
  • Bayaran proses permohonan - RM20
  • Bayaran kadar lesen memandu mengikut kelas  (B2-RM20/tahun dan D-RM30/tahun)

Senarai Negara Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara Secara Bukan  Automatk:

1 Afghanistan 41 Gambia 81 Nicaragua 121 Western Samoa
2 Albania 42 Georgia 82 Niger 122 Yemen
3 Algeria 43 Ghana 83 Norway 123 Yugoslavia
4 Argentina 44 Greece 84 Pakistan 124 Zaire
5 Austria 45 Guatemala 85 Panama 125 Zambia
6 Bahamas 46 Guinea 86 Paraguay 126 Zimbabwe
7 Bahrain 47 Guyana 87 Peru    
8 Bangladesh 48 namibia 88 Portugal    
9 Barbados 49 Holy See 89 Republic of Macedonia    
10 Belarus 50 Honduras 90 Republic of Moldova    
11 Benin 51 Hungary 91 Romania    
12 Bolivia 52 Iceland 92 Rwanda    
13 Bosnia Herzegovina 53 India 93 San Marino    
14 Botswana 54 Indonesia 94 Saudi Arabia    
15 Brazil 55 Ireland 95 Senegal    
16 Bulgaria 56 Ivory Coast 96 Seychelles    
17 Burkina Faso 57 Jamaica 97 Sierra Leone    
18 Burundi 58 Jordan 98 Slovakia    
19 Cameroon 59 Kampuchea 99 Slovenia    
20 Canada 60 Kenya 100 Somalia    
21 Central African Republic 61 Kuwait 101 South Africa    
22 Chad 62 Latvia 102 South Yemen    
23 Chile 63 Lebanon 103 Sri Lanka    
24 Colombia 64 Lesotho 104 Sudan    
25 Congo 65 Liberia 105 Swaziland    
26 Costa Rica 66 Liechtenstein 106 Sweden    
27 Cote d' Ivoire 67 Lithuania 107 Syria    
28 Croatia 68 Luxemborg 108 Tanzania    
29 Cuba 69 Madagascar 109 Togo    
30 Cyprus 70 Malawi 110 Trinidad & Tobago (Tobocco)    
31 Czechoslovakia 71 Maldive Islands 111 Tunisia    
32 Dahomey 72 Mali 112 Turkmenistan    
33 Dominican Republic 73 Malta 113 Uganda    
34 Democratic Kompochea 74 Mauritania 114 Ukrainian Soviet Socialist (Ukrain)    
35 Ecuador 75 Mexico 115 United Kingdom (Scotland, England)    
36 El Salvador 76 Monaco 116 United States Of America (Rhode Island)    
37 Estonia 77 Mongolia 117 Uruguay    
38 Ethiopia 78 Morocco 118 Uzbekistan    
39 French Polynesia 79 Namibia 119 Venezuela    
40 Gabon 80 Nepal 120 Vietnam