Artikel Pilihan

TAMBAH KELAS LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL)

Permohonan tambah kelas lesen belajar memandu boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan dan kiosk eKhidmat sahaja

Syarat- syarat tambah kelas:

  • Lulus ujian undang-undang Bahagian 1 (jika berkenaan)
  • Keputusan ujian telah dikemaskini dan masih berkuatkuasa dalam tempoh satu(1) tahun;
  • Tidak disenaraihitamkan

Dokumen yang diperlukan:

  • MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil.
  • Lesen memandu asal/salinan
  • Pengenalan diri asal wakil
  • 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm
  • Memegang pasport yang masih berkuatkuasa (warga asing)
  • Bayaran RM5.00