Di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Pegawai Pengangkutan Jalan boleh menyita kenderaan bagi tujuan mengenal pasti identiti pemandu,identiti kenderaan atau untuk memberhentikan sesuatu kesalahan daripada berterusan.

Kenderaan yang disita oleh JPJ boleh dituntut/dilepaskan apabila perkara berikut telah diselesaikan :-

  1. Setelah identiti pemandu atau kenderaan telah dikenal pasti

  2. Kesalahan yang dilakukan telah diberhentikan

  3. Dilepaskan oleh mahkamah.

 

Pelepasan kenderaan sita

Kenderaan disita akan dilepaskan kepada pihak yang berkenaan seperti di bawah :-

  1. Pemunya/pemilik berdaftar

  2. Institusi Kewangan (jika tidak dituntut oleh pemilik dalam tempoh yang ditetapkan)

  3. Agensi Kerajaan seperti Polis/Kastam

  4. Orang yang diberi kuasa di bawah Pentadbir Pusaka

Bagi kenderaan syarikat mereka yang layak menuntut kenderaan adalah

  1. Pengarah

  2. Pengurus Besar

  3. Setiausaha

  4. Pegawai yang dilantik/diberi kuasa

 

Dokumen yang diperlukan

Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke Pejabat JPJ berkenaan (dimana kenderaan tersebut disita) untuk menuntut kenderaan dengan membawa bersama-sama dokumen berikut :

  1. Permohonan / tuntutan secara bertulis

  2. Kad Pendaftaran Asal

  3. LKM dan Insurans yang sah

  4. Lesen Memandu yang sah dan masih berkuat kuasa

  5. Kad Pengenalan

  6. Permit Asal (untuk kenderaan perdagangan/sekolah memandu)

  7. Borang 49 (untuk kegunaan syarikat)

 

 

 

    Penggunaan Semula Nombor Pendaftaran Kenderaan
    Selaras dengan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987... seterusnya
    Pelaksanaan Kadar Kompaun Baru
    Kadar kompaun baru bagi kesalahan motosikal 250CC dan selain motosikal 250CC. seterusnya
    Larangan Penggunaan Kenderaan Barangan
    Larangan penggunaan kenderaan semperna musim perayaan. seterusnya
    Pemakaian Tali Pinggang Keledar
    Peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang. seterusnya
    Sistem Profail Pemandu Vokasional (SPPV)
    Maklumat mengenai profail pemandu vokasional. seterusnya
    Sistem Kejara
    Sistem mata demerit kesalahan jalanraya keatas pemandu kenderaan. seterusnya
    Pemasangan Cermin Gelap
    Spesifikasi pemasangan cermin gelap - depan / belakang dan tepi. seterusnya
    Prosedur Menuntut Kenderaan Disita JPJ
    Bagi mengenal pasti identiti pemandu/kenderaan. seterusnya
    Cara Membayar Saman JPJ
    Pembayaran di pejabat JPJ negeri atau melalui eServices. seterusnya
    Prosedur Memohon Permit ICP Bagi Kenderaan Luar Negeri
    Peraturan bagi kenderaan dan pemandu asing yang memasuki Malaysia seterusnya