Artikel Pilihan

 
PERMOHONAN LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL)

Permohonan boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ dan kiosk-kiosk eKhidmat

Kelayakan bagi permohonan LDL :

  • Berumur melebihi 16 tahun untuk kelas A,B2,B dan C
  • Berumur melebihi 17 tahun untuk kelas A1,Ddan DA
  • Berumur melebihi 21 tahun untuk kelas E,F,G,H,I dan lesen vokasional kecuali CON berumur 18 tahun
  • Lulus ujian undang-undang Bahagian 1 dan keputusan ujian telah dikemaskini (masih berkuatkuasa dalam tempoh satu(1) tahun)
  • LDL boleh dikeluarkan dan diperbaharui bagi tempoh 3 atau 6 bulan sehingga tempoh maksimum 2 tahun daripada tarikh mula lesen dikeluarkan

Dokumen Yang Diperlukan:

  • MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad /Paspot pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
  • Pengenalan diri asal wakil
  • 1 keping gambar warna (berlatar puteh) berukuran 25mm x 32mm
  • Memegang pasport yang masih berkuatkuasa (Warga asing)
  • Bayaran RM20.00 untuk 3 bulan, RM40.00 untuk 6 bulan bagi kelas B & C. (Kelas A/A1 B2 tunggal RM2.00). Bayaran RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) bagi kelas D & ke atas.