Artikel Pilihan

Pembatalan pendaftaran kenderaan merupakan satu proses membatalkan pendaftaran kenderaan dan menyekat sebarang transaksi ke atas kenderaan tersebut manakala musnah pula didefinisikan sebagai kenderaan yang hendak dilupuskan dengan apa cara sekalipun.

Syarat-syarat permohonan:

  1. Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar kenderaan atau orang yang mempunyai kuasa (bagi jenis pemilik syarikat).
  2. Permohonan boleh dilaksanakan di mana-mana Pejabat JPJ Negeri/Cawangan yang melaksanakan aktiviti pendaftaran kenderaan.
  3. Status rekod kenderaan adalah sah.
  4. Tiada sekatan senaraihitam JPJ atau PDRM.
  5. Tiada tuntutan hakmilik.
  6. Telah membuat bayaran balik (refund) atau membatalkan LKM yang masih berkuatkuasa.
  7. Lesen Kenderaan Perdagangan / Pelancongan (permit) telah dibatalkan (bagi kenderaan perdagangan); dan
  8. Tiada sekatan syarat Lesen Impot (AP) atau Kastam.

Dokumen yang perlu dikemukakan:

  1. Satu salinan Borang JPJ K1C yang ditandatangani oleh pemilik berdaftar.
  2. Dokumen pengenalan asal untuk tujuan menyemak sahaja.
  3. Perakuan Pendaftaran Kenderaan (JPJK2) asal. Jika JPJK2 tidak dapat dikemukakan, pastikan pengisytiharan dilakukan dalam JPJK1C(pind.1/2009).
  4. Borang JPJ K6 untuk pembayaran balik LKM.

    Permohonan Pelekat Kenderaan OKU
    Panduan permohonan pelekat kenderaan OKU seterusnya
    Kadar Bayaran Bagi Pelesenan Kenderaan
    Jadual bayaran bagi urusan yang melibatkan perlesenan dan pendaftaran. seterusnya
    Panduan Memohon Nombor Pendaftaran Kenderaan
    Senarai kategori nombor pendaftaran. seterusnya
    Pelaksanaan Pendaftaran Kenderaan Import
    Pendaftaran secara eDaftar bagi pemegang AP individu. seterusnya
    Panduan Tukar Hakmilik Selain Dari Sukarela
    Melibatkan kenderaan yang ditarik balik atau pemilik berdaftar meninggal dunia. seterusnya
    Panduan Tukar Hakmilik Secara Sukarela
    Melibatkan perjanjian oleh pemilik berdaftar dan pemilik baru. seterusnya
    Prosedur Pembatalan Kenderaan Musnah
    Bagi membatalkan pendaftaran, menyekat transaksi dan melupuskan kenderaan. seterusnya
    Prosedur Pemindahan Nombor Pendaftaran Kenderaan
    Dari kenderaan asal ke kenderaan yang belum didaftarkan. seterusnya
    Prosedur Permohonan Pengecualian LKM
    Bagi pertubuhan Keagamaan/Kebajikan. seterusnya
    Panduan Pengiraan Kadar (LKM)
    Garis panduan pengiraan kadar LKM bagi Kenderaan di Semenanjung. seterusnya
    Prosedur Pembayaran Balik LKM (refund)
    Bagi baki bayaran balik tidak kurang dari RM5.00. seterusnya
    Pengeluaran Salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan
    Hanya boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar. seterusnya
    Panduan Memohon LPKM
    Hanya dikeluarkan kepada pembuat , pembaiki atau peniaga kenderaan sahaja. seterusnya
    Permohonan Melesen Kenderaan Perdagangan
    Kenderaan perdagangan BDM 5000 kg ke bawah (d'controlled). seterusnya
    Panduan Memohon Lesen Kenderaan Motor
    Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM). seterusnya