Artikel Pilihan

PERMOHONAN RAYUAN LESEN MEMANDU TAMAT TEMPOH

Permohonan rayuan lesen memandu tamat tempoh boleh dilakukan melalui online, bersurat atau hadir sendiri ke Pejabat JPJ Negeri/cawangan sahaja. Lesen memandu tamat tempoh adalah melibatkan:

  • Lesen Memandu Percubaan (PDL)  melebihi 1 tahun
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL) melebihi 3 tahun
  • Lesen Memandu Vokasional (GDL/PSV) melebihi 3 tahun

Cara- Cara Permohonan

Ø  Secara Manual

  • Permohonan rayuan boleh dilakukan di  kaunter JPJ negeri/cawangan dan  Bahagian Pelesenan Pemandu, Ibu Pejabat JPJ Malaysia.
  • Kemukakan salinan kad pengenalan/pasport dan lesen memandu
  • Keputusan permohonan boleh disemak melalui mana-mana JPJ negeri/cawangan atau dicetak secara “online” selepas 14 hari dari tarikh permohonan.

Ø   Secara ‘Online'

  • Membuat permohonan secara transaksi dalam talian (online) melalui laman web iaitu www.jpj.gov.my.
  • Lengkapkan butir-butir pemohonan dalam borang online.
  • Keputusan permohonan boleh disemak melalui mana-mana JPJ negeri/cawangan atau dicetak secara “Online” selepas 14 hari dari tarikh permohonan.

INFO:Ketua Pengarah JPJ Malaysia mempunyai kuasa untuk meluluskan/ menolak permohonan rayuan. Sekiranya berjaya, pemohon dikecualikan dari mengambil ujian Bahagian 1 dan perlu menduduki Ujian Praktikal II dan III. Jika permohonan tidak berjaya, maka pemohon dikehendaki memohon lesen memandu sepertimana prosedur biasa. 

    FAQ Menaiktaraf Lesen Memandu Plastik kepada Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi
    FAQ Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi. seterusnya
    Kadar Bayaran Bagi Pelesenan Pemandu
    Kadar bayaran yang ditetapkan bagi urusan yang melibatkan perlesenan pemandu. seterusnya
    Penetapan Kadar Bayaran Bagi Lesen Memandu Kelas B2
    Jadual fi latihan, ujian dan lesen kelas B2 sahaja. seterusnya
    Tambah Kelas Lesen Belajar Memandu (LDL)
    Permohonan tambah kelas Lesen Belajar Memandu (LDL). seterusnya
    Pertukaran Lesen Memandu Asing Kepada Lesen Memandu Malaysia
    Untuk negara yang mempunyai perjanjian dua hala dengan Malaysia (Secara Automatik) seterusnya
    Tempahan Ujian Memandu Bahagian II dan III
    Permohonan tempahan ujian meletak kenderaan dan jalan raya. seterusnya
    Permohonan Lesen Vokasional (GDL , PSV , Konduktor)
    Permohonan mendapatkan lesen vokasional GDL , PSV dan Konduktor. seterusnya
    Tambah Kelas Lesen Memandu Percubaan (PDL)
    Permohonan tambah kelas lesen memandu percubaan (PDL). seterusnya
    Permohonan Lesen Belajar Memandu (LDL)
    Permohonan mendapatkan lesen belajar memandu (LDL) seterusnya
    Tambah Kelas Lesen Memandu Kompeten (CDL)
    Permohonan tambah kelas lesen memandu kompeten (CDL). seterusnya
    Permit Memandu Antarabangsa
    Bagi pemegang lesen memandu Malaysia yang ingin memandu di luar negara. seterusnya
    Pertukaran Lesen Memandu Asing Kepada Lesen Memandu Malaysia
    Melalui pengecualian pemakai (Bukan Automatik) seterusnya
    Pengiktirafan Lesen Memandu Negara Asing
    Pemegang lesen luar negara dibenarkan memandu selagi lesen tersebut sah tempoh. seterusnya
    Permohonan Menduduki Ujian Undang Undang Berkomputer Secara Dalam Talian
    Permohonan Menduduki Ujian Undang Undang Berkomputer Secara Dalam Talian seterusnya
    Rayuan Memperbaharui Lesen Memandu Tamat Tempoh
    Bagi lesen memandu tamat tempoh melebihi 3 tahun. seterusnya