VISI

Menjadi Organisasi Pengurusan Penguatkuasaan Pengangkutan Jalan Bertaraf Dunia pada Tahun 2020.


MISI
Mengawalselia kenderaan motor, pemandu dan lalulintas jalan supaya selamat dan efisyen melalui penguatkuasaan dan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berintegriti dan berteknologi tinggi bagi memenuhi keperluan pelanggan dan negara serta menjaga kebajikan dan membangunkan keupayaan warga yang profesional.

OBJEKTIF
  • Mewujud dan mengawal selia pendaftaran dan pelesenan kenderaan bermotor dengan sistematik, berintegriti dan inovatif.

  • Mewujud dan mentadbir sistem latihan, pengujian dan pelesenan pemandu yang berkesan bagi melahirkan pemandu kenderaan bermotor yang kompeten, mematuhi peraturan dan berhemah.

  • Menguatkuasa dan mentadbir undang-undang pengangkutan jalan dengan komited dan berintegriti untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai budaya kepatuhan kepada peraturan jalan raya.

  • Mengawal selia dan mentadbir piawaian keselamatan kenderaan bermotor dengan cekap dan berintegriti bagi memenuhi keperluan pengguna alam sekitar serta industri automotif negara.