Artikel Pilihan

 


 

Tukar Hak Milik Kenderaan dilaksanakan di bawah Seksyen 13 Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana sebarang tukar hak milik kenderaan mesti dimaklumkan kepada Pengarah JPJ Negeri dalam tempoh 7 hari.

Dokumen yang diperlukan

A.     KENDERAAN PERSENDIRIAN

  1. Kenderaan Persendirian Individu
    1. 2 salinan Borang Senarai Semak TM-1 (Pind. 1/2012);  TM-1
    2. 2 salinan JPJK3 yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik berdaftar dan pemilik baru; Borang JPJ K3
    3. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2);
    4. Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik berdaftar dan pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) *bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja;  TM-AB
    5. Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil)
    6. Surat/Keratan pembatalan tuntutan hakmilik pemilik berdaftar (selain e-Hakmilik);
    7. Laporan Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa (selain motosikal)
  2. Kenderaan Persendirian Perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian
    1. 2 salinan Borang Senarai Semak TM-1 (Pind. 1/2012); TM-1
    2. 2 salinan JPJK3 yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik berdaftar dan pemilik baru;  Borang JPJ K3
    3. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2);
    4. Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik berdaftar dan pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan)  *bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja;  TM-AB
    5. Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil)
    6. Bagi perniagaan perkongsian, surat persetujuan penjualan daripada semua ahli rakan kongsi perniagaan tersebut;
    7. Salinan dokumen pendaftaran perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian;
    8. 1 Borang D (Perakuan Pendaftaran Perniagaan); atau
    9. 2 Lesen Perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan (Sabah dan Sarawak);
    10. Surat/Keratan pembatalan tuntutan hakmilik pemilik berdaftar (selain e-Hakmilik); dan
    11. Laporan Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa (selain motosikal)

B.     KENDERAAN PERDAGANGAN

  1. Kenderaan Perdagangan Syarikat Sendirian Berhad / Berhad
    1. 2 salinan Borang Senarai Semak TM-1 (Pind.1/2012);  TM-1
    2. 2 salinan JPJK3 yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik berdaftar dan pemilik baru;  *JPJK3 ditandatangani oleh Pengarah atau Pengurus Besar atau Setiausaha atau lain-lain pegawai syarikat berkenaan; Borang JPJ K3
    3. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2);
    4. Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan)  *Bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja; TM-AB
    5. Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil)
    6. Salinan Borang 9 (Perakuan Pendaftaran Syarikat) atau Borang 13 (Sijil Tukar Nama);
    7. Salinan Minit Mesyuarat atau Resolusi Ahli Lembaga Pengarah untuk menjual kenderaan berkenaan; atau Resolusi dari Ahli Lembaga Pengarah yang memberi kuasa kepada pegawai yang dilantik bagi urusan tukar milik bagi mana-mana kenderaan syarikat; salinan disahkan oleh Setiausaha Syarikat;
    8. Laporan Pemeriksaan Awalan PG11A/PG13B asal dan salinan (yang berkaitan);
    9. Surat pembatalan permit atau ganti kenderaan pemilik asal yang dikeluarkan oleh LPKP atau Kementerian Pelancongan (jika berkenaan);
    10. Surat kelulusan lesen atau surat kebenaran mengganti kenderaan daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan atau Kementerian Pelancongan asal dan salinan bagi pemilik baru untuk kenderaan barangan dan perkhidmatan awam (jika berkenaan);
    11. Pengisytiharan jenis barang diangkut dalam JPJK1 (bagi kenderaan decontrolled);
    12. Surat/Keratan pembatalan tuntutan hakmilik pemilik berdaftar (selain e-Hakmilik);
    13. Surat pengecualian daripada Perbendaharaan, MITI atau Kastam (jika berkenaan)
 
    Permohonan Pelekat Kenderaan OKU
    Panduan permohonan pelekat kenderaan OKU seterusnya
    Kadar Bayaran Bagi Pelesenan Kenderaan
    Jadual bayaran bagi urusan yang melibatkan perlesenan dan pendaftaran. seterusnya
    Panduan Memohon Nombor Pendaftaran Kenderaan
    Senarai kategori nombor pendaftaran. seterusnya
    Pelaksanaan Pendaftaran Kenderaan Import
    Pendaftaran secara eDaftar bagi pemegang AP individu. seterusnya
    Panduan Tukar Hakmilik Selain Dari Sukarela
    Melibatkan kenderaan yang ditarik balik atau pemilik berdaftar meninggal dunia. seterusnya
    Panduan Tukar Hakmilik Secara Sukarela
    Melibatkan perjanjian oleh pemilik berdaftar dan pemilik baru. seterusnya
    Prosedur Pembatalan Kenderaan Musnah
    Bagi membatalkan pendaftaran, menyekat transaksi dan melupuskan kenderaan. seterusnya
    Prosedur Pemindahan Nombor Pendaftaran Kenderaan
    Dari kenderaan asal ke kenderaan yang belum didaftarkan. seterusnya
    Prosedur Permohonan Pengecualian LKM
    Bagi pertubuhan Keagamaan/Kebajikan. seterusnya
    Panduan Pengiraan Kadar (LKM)
    Garis panduan pengiraan kadar LKM bagi Kenderaan di Semenanjung. seterusnya
    Prosedur Pembayaran Balik LKM (refund)
    Bagi baki bayaran balik tidak kurang dari RM5.00. seterusnya
    Pengeluaran Salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan
    Hanya boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar. seterusnya
    Panduan Memohon LPKM
    Hanya dikeluarkan kepada pembuat , pembaiki atau peniaga kenderaan sahaja. seterusnya
    Permohonan Melesen Kenderaan Perdagangan
    Kenderaan perdagangan BDM 5000 kg ke bawah (d'controlled). seterusnya
    Panduan Memohon Lesen Kenderaan Motor
    Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM). seterusnya

SEKITAR AKTIVITI JPJ
GALERI GAMBAR »