Perutusan

Y. BHG. DATO' LONG SEE WOOL,
KETUA SETIAUSAHA,
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

PELAN STRATEGIK JPJ 2011-2015 ADALAH MERUPAKAN KESINAMBUNGAN KEPADA PELAN STRATEGIK 2005-2010 YANG MENETAPKAN HALATUJU TRANSFORMASI WARGA JPJ KE ARAH USAHA MEMPERKASAKAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN JPJ.

Pelan Strategik JPJ 2011-2015 adalah merupakan kesinambungan kepada Pelan Strategik 2005-2010 yang menetapkan halatuju transformasi warga JPJ ke arah usaha memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan JPJ. JPJ yang merupakan salah satu agensi utama barisan hadapan di bawah Kementerian Pengangkutan sentiasa memainkan peranan penting untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

 Dengan adanya Pelan Strategik 2011-2015, cabaran-cabaran baru yang memerlukan gandingan sumber-sumber yang ada dapat dirancang dengan efektif. Sehubungan itu, Pelan Strategik ini akan memastikan agar halatuju ke arah melaksanakan tanggungjawab di dalam persekitaran yang kian berubah mendapat lonjakan ke tahap yang lebih tinggi dan terus relevan bagi memastikan agenda kerajaan ke arah keselamatan pengguna jalan raya terlaksana dan tercapai dengan pematuhan kepada peraturan lalu lintas.

Kita sedia maklum arus perubahan sekarang adalah bersifat dinamik dan sentiasa memerlukan daya tahan bagi setiap individu dan organisasi. Perancangan yang mampan dan tepat akan dapat membentuk satu landasan ke arah merealisasikan visi dan misi Jabatan.

Tahniah kepada warga JPJ kerana berjaya menyediakan Pelan Strategik 2011-2015 dalam usaha untuk merealisasikan kenyataan terkandung dalam kerangka Pelan Strategik ini untuk menjadikan JPJ sebuah organisasi yang diiktiraf dan dihormati oleh masyarakat sejagat.

Y. BHG. DATO' SRI ISMAIL BIN AHMAD,
KETUA PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

TRANSFORMASI JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) MERUPAKAN KAEDAH BARU MELAKSANAKAN KERJA MELANGKAUI DARI KEBIASAAN KE ARAH PENGHASILAN MODAL INSAN YANG MEMPUNYAI MENTALITI KELAS PERTAMA DAN INFRASTRUKTUR KELAS PERTAMA.

Sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti adalah penting untuk pembangunan negara. Kerajaan telah memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi mewujudkan elemen kebertanggungjawaban di kalangan anggota pentadbiran dan penjawat awam dalam usaha memastikan rancangan pembangunan negara berjalan lancar dan jayanya.

Pelan Strategik 2011-2015 ini disediakan seiring dengan iltizam kerajaan untuk melakukan proses transformasi melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran KPI. Transformasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merupakan kaedah baru melaksanakan kerja melangkaui dari kebiasaan ke arah penghasilan modal insan yang mempunyai mentaliti kelas pertama dan infrastruktur kelas pertama. Konsep Transformasi JPJ merangkumi perubahan sistematik yang menjurus kepada pewujudan institusi yang cemerlang dan pembinaan imej positif JPJ di kalangan masyarakat.

Usaha transformasi ini memerlukan komitmen yang padu dan berterusan oleh setiap warga JPJ dengan mengamalkan prinsip Budaya Kerja Kelas Pertama. Budaya Kerja Kelas Pertama ialah amalan terbaik dan terpuji yang melebihi daripada kebiasaan. Ia merangkumi aspek pemikiran, pengurusan emosi dan dimanifestasikan melalui perlakuan, tindakan dan cara bekerja yang penuh integriti serta dapat memuaskan hati pelanggan.

Harapan saya, warga JPJ akan bersama-sama berganding bahu dan komited dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan agar matlamat untuk menjadikan JPJ sebagai sebuah institusi yang menerajui bidang pengurusan dan penguatkuasaan pengangkutan jalan bertaraf dunia menjelang tahun 2020 dapat dipenuhi sebagaimana yang telah digariskan dalam Pelan Strategik 2011 - 2015 ini.

   
SEKITAR AKTIVITI JPJ
GALERI GAMBAR »