ARTIKEL PILIHAN KENDERAAN

PANDUAN PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM)

Permohonan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) boleh dikemukakan oleh pemunya berdaftar atau wakil. Pemunya berdaftar atau wakil perlu mengemukakan MyKad bagi tujuan bacaan dan rekod ke dalam sistem MySikap melalui alat pembaca MyKad (MyKad reader). Ini adalah bertujuan bagi memastikan rekod pemohon yang hadir dapat disimpan dalam pengkalan data JPJ  sebagai rujukan dalam urusan pembaharuan LKM.

 

A. PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) KENDERAAN PERSENDIRIAN DI KAUNTER JPJ.

 

Syarat permohonan :-

 

1. Permohonan boleh dikemukakan oleh pemunya berdaftar atau wakil dimana-mana Pejabat JPJ Negeri  /                           Cawangan / UTC.

2. Tempoh pembaharuan yang dibenarkan adalah enam(6) bulan atau satu (1) tahun.

3. Kenderaan mestilah mempunyai perlindungan insuran bagi tempoh LKM yang dipohon.

4. Hanya LKM yang akan tamat tempoh dalam masa dua (2) bulan boleh diperbaharui.

5. Sekiranya pemunya berdaftar telah diisytiharkan meninggal dunia, pembaharuan LKM dibenarkan untuk tempoh         enam (6) bulan sahaja bagi setiap permohonan untuk tempoh tidak melebihi lima (5) tahun. Permohonan perlu             mendapat kelulusan jika tempoh kematian telah melebihi lima (5) tahun.

6. Bagi kenderaan yang tarikh luput LKM terakhirnya adalah melebihi satu (1) tahun daripada tarikh permohonan,             kenderaan perlu menjalani dan lulus pemeriksaan kenderaan seperti berikut :-

     a.   Pemeriksaan PUSPAKOM bagi semua kenderaan: atau

     b.   Pemeriksaan PG10 bagi motorsikal milik individu sahaja dan motorsikal yang diperiksa semasa program yang                  dianjurkan oleh JPJ atau motorsikal yang disita oleh JPJ sahaja.

7. Bagi permohonan pembaharuan LKM yang dikemukakan di kawasan pengisytiharan di mana kadar LKM adalah             lebih rendah daripada kawasan pengisytiharan asal, pertukaran kawasan pengisytiharan oelh pemunya berdaftar         perlu dibuat sebelum proses pembaharuan LKM dijalankan.

 

 

Dokumen yang diperlukan :-

 

1. Dokumen pengenalan diri pemunya berdaftar atau wakil yang hadir.

2. Laporan pemeriksaan PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa sekiranya kenderaan motor tidak aktif.

3. Pemeriksaan PG10 bagi motorsikal milik individu sahaja dan motorsikal yang diperiksa semasa program yang                 dianjurkan oleh JPJ atau motorsikal yang disita oleh JPJ sahaja.

4. Bagi kenderaan yang pemunya berdaftar telah meninggal dunia lebih dari 5 tahun, perlu membawa dokumen yang      menunjukan bahawa proses pembahagian pusaka sudah dimulakan atau apa-apa dokumen untuk pertimbangan         kelulusan.

5. Borang perakuan kawasan pengisytiharan kenderaan dimana kenderaan digunakan (Sabah, Sarawak dan Pulau             Bebas Cukai)

6. Pengisytiharan Kastam (K3) / Resit Pelabuhan (Sabah, Sarawak dan Pulau Bebas Cukai).

 

 

A. PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) KENDERAAN PERDAGANGAN DI KAUNTER JPJ.

 

Syarat permohonan :-

 

1. Permohonan boleh dikemukakan oleh pemunya berdaftar atau wakil dimana-mana Pejabat JPJ Negeri  /                           Cawangan.

2. Tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) adalah seperti berikut :-

      2.1  Jenis kenderaan Perdagangan dan Treler adalah minimun tujuh (7) hari, maksimun setahun untuk dua (2)                          tahun pertama selepas pendaftaran baru dan m inimum tujuh (7) hari, maksimum enam (6) bulan selepas                          tempoh  dua (2) tahun tamat.

     2.2  Jenis  Kenderaan Treler Kontena adalah minimum tujuh (7) hari,  maksimum setahun untuk sepuluh (10) tahun                pertama selepas pendaftaran baharu dan Minimum tujuh (7) hari, maksimum enam (6) bulan selepas tempoh                  sepuluh (10)tahun tamat.

3.  Kenderaan mestilah mempunyai perlindungan insurans bagi tempoh LKM yang dipohon.

4.  Hanya LKM yang akan luput dalam masa dua (2) bulan boleh diperbaharui.

5.  Tarikh pemeriksaan berkala PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa bagi tempoh LKM yang dipohon.

6. Bagi kenderaan Perdagangan tidak beroperasi (Lay-up), ia perlu menjalani dan lulus pemeriksaan PUSPAKOM.

7. P ermit yang dikeluarkan oleh SPAD atau LPKP Sabah atau LPKP Sarawak atau MOTAC atau JKPIM hendaklah                   berkuatkuasa bagi  tempoh LKM yang dipohon.

8.   Kenderaan dumper / tipper import terpakai dengan Gross Vehicle Weight (GVW) melebihi 21,000 kg atau                             kenderaan rebuilt dengan GVW melebihi 38,000 kg yang didaftarkan sebagai kenderaan off-road kekal tidak boleh          dilesenkan dan dikeluarkan LKM.

9. Bagi permohonan pembaharuan LKM yang dikemukakan di kawasan pengisytiharan di mana kadar LKM adalah             lebih rendah daripada kawasan pengisytiharan asal, pertukaran kawasan pengisytiharan oelh pemunya berdaftar         perlu dibuat sebelum proses pembaharuan LKM dijalankan.

 

Dokumen yang diperlukan :-

 

1. Dokumen pengenalan diri pemunya berdaftar atau wakil yang hadir.

2. Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa.

3. Borang perakuan kawasan pengisytiharan kenderaan dimana kenderaan digunakan (Sabah, Sarawak dan Pulau             Bebas Cukai).

4. Pengisytiharan Kastam (K3) / Resit Pelabuhan (Sabah, Sarawak dan Pulau Bebas Cukai).

 

 

 

Tags
jpj panduan dan permohonan lesen kenderaan motor
Sebelum