ARTIKEL PILIHAN KENDERAAN

Prosedur Pembatalan Kenderaan Musnah

Pembatalan pendaftaran kenderaan merupakan satu proses membatalkan pendaftaran kenderaan dan menyekat sebarang transaksi ke atas kenderaan tersebut manakala musnah pula didefinisikan sebagai kenderaan yang hendak dilupuskan dengan apa cara sekalipun.

 

Syarat-syarat permohonan:

 

  1. Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar kenderaan atau orang yang mempunyai kuasa (bagi jenis pemilik syarikat).
  2. Permohonan boleh dilaksanakan di mana-mana Pejabat JPJ Negeri/Cawangan yang melaksanakan aktiviti pendaftaran kenderaan.
  3. Status rekod kenderaan adalah sah.
  4. Tiada sekatan senaraihitam JPJ atau PDRM.
  5. Tiada tuntutan hakmilik.
  6. Telah membuat bayaran balik (refund) atau membatalkan LKM yang masih berkuatkuasa.
  7. Lesen Kenderaan Perdagangan / Pelancongan (permit) telah dibatalkan (bagi kenderaan perdagangan); dan
  8. Tiada sekatan syarat Lesen Impot (AP) atau Kastam.

 

Dokumen yang perlu dikemukakan:

 

  1. Satu salinan Borang JPJ K1C yang ditandatangani oleh pemilik berdaftar.
  2. Dokumen pengenalan asal untuk tujuan menyemak sahaja.
  3. Perakuan Pendaftaran Kenderaan (JPJK2) asal. Jika JPJK2 tidak dapat dikemukakan, pastikan pengisytiharan dilakukan dalam JPJK1C(pind.1/2009).
  4. Borang JPJ K6 untuk pembayaran balik LKM.
Tags
jpj prosedur pembatalan kenderaan musnah
Sebelum