ARTIKEL PILIHAN PEMANDU

Permohonan Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara (Automatik)

 

Permohonan pertukaran lesen memandu luar negara bagi lesen memandu daripada negara-negara yang diiktiraf sebagai pertukaran secara automatik boleh dilakukan secara terus di JPJ Negeri/Cawangan sahaja.

 

Syarat- syarat pertukaran lesen luar negara (automatik):

 

  1. Permohonan hanya layak dipertimbangkan bagi negara yang tersenarai dalam perjanjian dua hala (bilateral);
  2. Pertukaran lesen  memandu luar negara hanya dibenarkan sekali sahaja;
  3. Permohonan bagi bukan warganegara Malaysia, tempoh Pass Jangka Panjang hendaklah berkuatkuasa melebihi 3 bulan;
  4. Mempunyai  Lesen Memandu domestik luar negara  yang masih berkuatkuasa;
  5. Memiliki Lesen Memandu Domestik Luar Negara setara dengan Lesen Memandu Kompeten dan Lesen Memandu Percubaan Malaysia;
  6. Pertimbangan hanya bagi kelas B2 (motosikal) dan kelas D (motokar);
  7. Pemegang lesen memandu luar negara kurang dari tempoh 2 tahun, kelayakan adalah Lesen Percubaan (PDL) manakala bagi yang memiliki lesen lebih dari 2 tahun kelayakan adalah Lesen Kompeten (CDL);
  8. Pemegang lesen perlu hadir sendiri.

 

 

Dokumen yang diperlukan:

 

  1. MyKad/ Pasport dan Pass Jangka Panjang (asal dan salinan);
  2. Salinan cop keluar  masuk negara pengeluar lesen dalam pasport;
  3. Lesen Memandu domestik luar negara  yang masih berkuatkuasa (asal dan salinan);
  4. Pengesahan dan terjemahan Lesen Memandu Luar Negara daripada kedutaan negara pengeluar lesen atau pengesahan dari pihak berkuasa pengeluar yang bertanggungjawab ke atas maklumat  lesen berkenaan;
  5. 1 keping gambar berwarna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm;
  6. Bayaran proses permohonan- RM20;
  7. Bayaran kadar lesen memandu mengikut kelas  (B2-RM20/tahun dan D-RM30/tahun.

 

Info: Senarai Negara Bagi Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara Secara Automatik:

Australia

Belgium

Brunei

China

Denmark

Egypt

Fiji

Finland

France

Jerman

Hongkong

Iran

Iraq

Italy

Japan

Korea

Laos

Libya

Mauritius

Netherland

New Zealand

Papua New Guinea

Philipines

Poland

Rusia

Singapura

Spain

Switzerland

Taiwan

Thailand

Turkey

 

 

 

 

Tags
jpj pertukaran lesen memandu luar negara
Sebelum