ARTIKEL PILIHAN PEMANDU

Permohonan Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara (Bukan Automatik)

Permohonan pertukaran lesen memandu luar negara bagi lesen memandu daripada negara-negara yang diiktiraf sebagai pertukaran bukan secara automatik boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan atau Bahagian Pelesenan Pemandu, Ibu Pejabat JPJ Putrajaya sahaja. Ibu Pejabat JPJ akan memberikan kelulusan khas sebelum pemohon memohon pertukaran lesen di JPJ Negeri/Cawangan
 

Syarat- syarat pertukaran lesen luar negara (bukan automatik):

 

  1. Permohonan boleh dikemukakan dimana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan atau Bahagian Pelesenan Pemandu, Ibu Pejabat JPJ Putrajaya.
  2. Permohonan hanya layak dipertimbangkan bagi negara yang tersenarai dalam Penjanjian United Nation Conference Transport Geneva 1968.
  3. Pertukaran lesen  memandu luar negara hanya dibenarkan sekali sahaja.
  4. Permohonan bagi bukan warganegara Malaysia, tempoh Pass Jangka Panjang hendaklah berkuatkuasa melebihi 3 bulan.
  5. Lesen Memandu domestik luar negara  yang masih berkuatkuasa  sekurang-kurangnya 1 bulan dari tarikh permohonan.
  6. Memiliki Lesen Memandu Domestik Luar Negara setara dengan Lesen Memandu Kompeten dan Lesen Memandu Percubaan Malaysia.
  7. Bagi pemohon yang memegang lesen memandu luar negara kurang dari tempoh 2 tahun, kelayakan adalah Lesen Percubaan (PDL) manakala bagi yang memiliki lesen lebih dari 2 tahun kelayakan adalah Lesen Kompeten (CDL).
  8. Pertimbangan hanya bagi kelas B2 (motosikal) dan kelas D (motokar).
  9. Pemegang lesen perlu hadir sendiri.

 

Dokumen yang diperlukan:

 

  1. MyKad/ Pasport dan Pass Jangka Panjang (asal dan salinan);
  2. Salinan cop keluar masuk negara pengeluar lesen dalam pasport;
  3. Lesen Memandu domestik luar negara yang masih berkuatkuasa (asal dan salinan);
  4. Pengesahan dan terjemahan Lesen Memandu Luar Negara daripada kedutaan negara pengeluar lesen atau pengesahan dari pihak berkuasa pengeluar yang bertanggungjawab ke atas maklumat  lesen berkenaan.

 

INFO:     Dokumen-Dokumen Tambahan Bergantung Kepada Kategori Visa Pemohon:

 

  1. Warganegara Malaysia/penduduk tetap(myPR);
  2. Pemegang Pasport;
  3. Peserta ‘Malaysia My Second Home Programme’
  4. Mengemukakan Surat Kelulusan daripada Jabatan Imigresen Malaysia
  5. Pemegang pas residen (talent corp)
  6. Mengemukakan surat kelulusan daripada Talent Corp
  7. Berkahwin dengan warganegara Malaysia
  8. Mengemukakan Kad Daftar Kahwin/Sijil Nikah dari Malaysia sahaja
  9. Pengenalan diri pasangan
  10. Pelajar PHD
  11. Surat Pengesahan daripada Universiti berkaitan
  12. Kad Pelajar
  13. Pemegang pas pekerjaan yang berkhidmat di sektor kerajaan/badan berkanun/ GLC (Government linked Companies)
  14. Mengemukakan kontrak kerja/pengesahan majikan
  15. Pas Tanggungan (Dependent Pass)
  16. Pasport/ visa pasangan/ penjaga
  17. Lesen Memandu Malaysia pasangan/penjaga jika ada

 

INFO:Semakan permohonan boleh dilakukan selepas 30 hari bekerja di mana-mana JPJ Negeri/Cawangan atau secara atas talian melalui portal JPJ.

 

INFO: Permohonan yang telah diluluskan boleh mendapatkan Lesen Memandu Malaysia di mana-mana JPJ Negeri/Cawangan dengan mengemukakan:

 

  1. MyKad/Pasport dan Pass Jangka Panjang  (asal dan salinan)
  2. Lesen Memandu domestik luar negara  asal
  3. 1 keping gambar berwarna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm
  4. Bayaran proses permohonan - RM20
  5. Bayaran kadar lesen memandu mengikut kelas  (B2-RM20/tahun dan D-RM30/tahun)

 

Senarai Negara Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara Secara Bukan Automatik:

 

1

Afghanistan

41

Gambia

81

Nicaragua

121

Western Samoa

2

Albania

42

Georgia

82

Niger

122

Yemen

3

Algeria

43

Ghana

83

Norway

123

Yugoslavia

4

Argentina

44

Greece

84

Pakistan

124

Zaire

5

Austria

45

Guatemala

85

Panama

125

Zambia

6

Bahamas

46

Guinea

86

Paraguay

126

Zimbabwe

7

Bahrain

47

Guyana

87

Peru

 

 

8

Bangladesh

48

namibia

88

Portugal

 

 

9

Barbados

49

Holy See

89

Republic of Macedonia

 

 

10

Belarus

50

Honduras

90

Republic of Moldova

 

 

11

Benin

51

Hungary

91

Romania

 

 

12

Bolivia

52

Iceland

92

Rwanda

 

 

13

Bosnia Herzegovina

53

India

93

San Marino

 

 

14

Botswana

54

Indonesia

94

Saudi Arabia

 

 

15

Brazil

55

Ireland

95

Senegal

 

 

16

Bulgaria

56

Ivory Coast

96

Seychelles

 

 

17

Burkina Faso

57

Jamaica

97

Sierra Leone

 

 

18

Burundi

58

Jordan

98

Slovakia

 

 

19

Cameroon

59

Kampuchea

99

Slovenia

 

 

20

Canada

60

Kenya

100

Somalia

 

 

21

Central African Republic

61

Kuwait

101

South Africa

 

 

22

Chad

62

Latvia

102

South Yemen

 

 

23

Chile

63

Lebanon

103

Sri Lanka

 

 

24

Colombia

64

Lesotho

104

Sudan

 

 

25

Congo

65

Liberia

105

Swaziland

 

 

26

Costa Rica

66

Liechtenstein

106

Sweden

 

 

27

Cote d' Ivoire

67

Lithuania

107

Syria

 

 

28

Croatia

68

Luxemborg

108

Tanzania

 

 

29

Cuba

69

Madagascar

109

Togo

 

 

30

Cyprus

70

Malawi

110

Trinidad & Tobago (Tobocco)

 

 

31

Czechoslovakia

71

Maldive Islands

111

Tunisia

 

 

32

Dahomey

72

Mali

112

Turkmenistan

 

 

33

Dominican Republic

73

Malta

113

Uganda

 

 

34

Democratic Kompochea

74

Mauritania

114

Ukrainian Soviet Socialist (Ukrain)

 

 

35

Ecuador

75

Mexico

115

United Kingdom (Scotland, England)

 

 

36

El Salvador

76

Monaco

116

United States Of America (Rhode Island)

 

 

37

Estonia

77

Mongolia

117

Uruguay

 

 

38

Ethiopia

78

Morocco

118

Uzbekistan

 

 

39

French Polynesia

79

Namibia

119

Venezuela

 

 

40

Gabon

80

Nepal

120

Vietnam

   
Tags
jpj pertukaran lesen memandu luar negara pertukaran lesen memandu luar negara bukan automatik
Sebelum