Perutusan

YBHG. DATUK SERI HJ. SARIPUDDIN BIN HJ. KASIM,
KETUA SETIAUSAHA,
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

Salam Sejahtera dan S​alam 1Malaysia,

Sistem pengangkutan yang efisien memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Malaysia yang bakal muncul sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 terus berusaha memantapkan sistem pengangkutan melalui pelbagai transformasi bagi mewujudkan satu sistem pengangkutan yang bersepadu.

Penglibatan Kementeria dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) di bawah Pengangkutan Awam Bandar yang merupakan salah satu dari Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), menjawi wadah utama Kementerian dalam membantu negara ke arah pencapaian Wawasan 2020.

Kita sedia maklum arus perubahan sekarang adalah bersifat dinamik dan sentiasa memerlukan daya tahan bagi setiap individu dan organisasi. Perancangan yang mampan dan tepat akan dapat membentuk satu landasan ke arah merealisasikan visi dan misi Jabatan.

Tahniah kepada warga JPJ kerana berjaya menyediakan Pelan Strategik JPJ 2016-2020 dalam usaha untuk merealisasikan kenyataan terkandung dalam kerangka Pelan Strategik ini untuk menjadikan JPJ sebuah organisasi yang diiktiraf dan dihormati oleh masyarakat sejagat.