GARIS PANDUAN PEMASANGANREFLEKTOR MS 828:2011 PADA KENDERAANPERDAGANGAN (PINDAAN 1/2019)

Pengenalan :

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mewajibkan setiap kenderaan perdagangan hendaklah menggunakan reflektor yang telah ditetapkan. Pemasangan ini bermaksud setiap kenderaan perdagangan yang terlibat atau berkaitan perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JPJ.

 

Latar Belakang :

Piawaian MS 828:2011 (Road Vehicle – Rear and Side Marking – Specification) telah dibangunkan oleh SIRIM pada tahun 2011 iaitu berdasarkan peraturan UN104 (Retro-Reflective Markings for Heavy & Long Vehicles) yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2012. Ianya adalah untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain terutamanya pada waktu malam atau gelap sekaligus dapat mengurangkan jumlah kes kemalangan jalanraya.

 

Tujuan :

1. Menerangkan kepada pemilik/ pengeluar kenderaan tentang prosedur dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk pemasangan reflektor MS 828:2011.

 

2. Memastikan pemilik/ pengeluar kenderaan melakukan pemasangan reflektor  berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.

Sebelum