ARTIKEL PILIHAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF

Garis Panduan Pembaikan Struktur Panel Kenderaan Kemalangan

1.0 PENGENALAN

Mana-mana kenderaan yang melibatkan penukaran struktur panel kenderaan yang dikawal oleh JPJ hendaklah mendapatkan pengesahan daripada JPJ terlebih dahulu.

2.0 TUJUAN
 

Memastikan struktur panel kenderaan yang ditukar mematuhi peraturan-peraturan berikut:
 
Seksyen 10(3)(a) - Akta Pengangkutan Jalan 1987
Seksyen 10(4) - Akta Pengangkutan Jalan 1987
Seksyen 12(1)(d) - Akta Pengangkutan Jalan 1987
Kaedah 94 - Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959
 
3.0 STRUKTUR PANEL YANG DIKAWAL

 
3.1   Struktur panel kenderaan yang dikawal oleh pihak JPJ hanya melibatkan struktur utama sesebuah kenderaan. Struktur yang di kawal adalah seperti berikut:
        a. VIN Panel
        b. Wheel House Inner - Front
        c. Wheel House Inner - Rear
        d. Roof Panel Reinforcement
        e. Front Pillar Inner
         f. Center Pillar Inner
        g. Rear Pillar Inner
        h. Chassis Member - Front
         i. Chassis Member - Rear
         j. Chassis Frame

 

 

3.2 VIN Panel

Vehicle Identification Number (VIN) atau nombor casis adalah kombinasi aksara yang diperuntukkan oleh pengilang kepada setiap kenderaan motor bagi tujuan identifikasi.

VIN Panel adalah tapak lokasi nombor casis yang dicop oleh pengilang asal kenderaan (cth: cowl panel, suspension top, bawah tempat duduk pemandu, steering column). Jika panel ini ditukar, kelulusan pihak JPJ adalah diperlukan melibatkan permohonan yang berikut:

a. Permohonan Penukaran Struktur Panel Kenderaan (Kemalangan); dan

b. Permohonan mengecop semula nombor casis

 

4.0 KETERANGAN STRUKTUR PANEL

4.1 Wheelhouse

                       

    Struktur panel yang memerlukan permohonan daripada JPJ melibatkan struktur yang berlabel B dan C.

 

4.2 Roof Panel

 

  Penukaran yang melibatkan struktur berlabel B dan C sahaja memerlukan surat kelulusan JPJ.

 

4.3 Front & Centre Body Pillar

 

    4.4.1 Struktur panel yang memerlukan permohonan daripada JPJ melibatkan struktur yang berlabel A, B, D, E, H, I, K dan L

 

4.4 Rear Pillar / Panel Roof Side

 

 

   4.5.1 Struktur panel yang memerlukan permohonan daripada JPJ melibatkan struktur yang berlabel A dan F

 

  4.6 Chassis Member

 

 

 

  Struktur panel yang memerlukan permohonan daripada JPJ melibatkan struktur yang berlabel A, B, C dan D.

 

 4.7 Chassis Member Rear RH & LH

 

 

 5.0 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

5.1 Permohonan boleh dibuat melalui kaunter Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Negeri atau portal JPJ (pemilik sahaja).

5.2 Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:

Melibatkan Tuntutan InsuransBeyond Economic Repair (BER) / Contract RepairTidak Melibatkan Tuntutan Insurans

i. Borang Permohonan

ii. Salinan Laporan Polis

iii. Laporan Anggaran daripada Insurans

iv. Gambar Kenderaan

i. Borang Permohonan

ii. Salinan Laporan Polis

iii. Salinan Surat Pengesahan BER daripada Insurans

iv. Laporan Anggaran daripada bengkel

v. Gambar Kenderaan

i. Borang Permohonan

ii. Salinan Laporan Polis

iii. Surat Perakuan Pemilik

iv. Surat Akuan bengkel

v. Laporan Anggaran daripada bengkel

vi. Gambar Kenderaan

 

5.3 Permohonan hanya melibatkan penukaran bagi komponen yang dikawal oleh JPJ sahaja.

5.4 Surat Perakuan dan Laporan anggaran bengkel hendaklah daripada senarai bengkel pembaikan kenderaan kemalangan yang berdaftar dengan JPJ sahaja.

5.5 Salinan Sijil Pendaftaran Bengkel Pembaikan Kemalangan hendaklah dilampirkan bersama permohonan.

5.6 Kenderaan mestilah tidak diisytiharkan sebagai total lost oleh pihak insurans.

5.7 Setelah surat kelulusan dikeluarkan, kenderaan hendaklah dibawa ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan bersama-sama dokumen yang berikut:

           i. Surat kelulusan JPJ

          ii. Surat akuan bengkel

 

6.0 KETERANGAN DOKUMEN

a) Gambar kenderaan hendaklah menunjukkan;

     i) Nombor pendaftaran kenderaan;

    ii) Sudut hadapan kiri dan kanan;

   iii) Sudut belakang kiri dan kanan; dan

   iv) Nombor casis kenderaan

 

b) Surat Perakuan Pemilik hendaklah menyatakan persetujuan kos pembaikan ditanggung sendiri.

c) Surat Perakuan Bengkel hendaklah menyatakan kenderaan yang dibaiki oleh bengkel dan tidak menggunakan kaedah potong sambung atau melibatkan gangguan pada nombor casis dan nombor enjin.

d) Laporan Anggaran ialah Laporan Anggaran baikpulih yang dihasilkan menggunakan sistem e-claims

 

7.0 LAMPIRAN

7.1 Borang Permohonan Penukaran Struktur Panel Kenderaan (JSP)

7.2 Senarai Semak (JSPa)

Tags
kenderaan kemalangan pembaikan struktur panel kenderaan kemalangan
Sebelum