PERMOHONAN KELULUSAN JENIS APPROVAL (COMPONENT TYPE APPROVAL-CTA) BAGI TOPI KALEDAR MOTOSIKAL

 

Garis Panduan ini disediakan adalah untuk menerangkan prosedur Kelulusan Jenis Komponen melibatkan topi keledar motosikal untuk kegunaan di atas jalan raya sahaja iaitu selaras dengan ketetapan di bawah Seksyen 88(1)(s), Akta Pengangkutan Jalan 1987. Oleh itu, mana-mana topi keledar selain daripada topi keledar motosikal adalah diluar bidang kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tujuan proses permohonan ini dilaksanakan adalah untuk mengawalselia dari aspek pembuatan, rekabentuk, penandaan, kualiti serta memastikan setiap model topi keledar motosikal tersebut adalah mematuhi standard mandatori yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Setiap model topi keledar motosikal tersebut adalah perlu mematuhi standard mandatori seperti mana yang telah diwartakan di dalam Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973, iaitu seperti berikut :-

 

1.  Malaysia Standard - MS 1: Specification for Protective Helmets for Vehicle Users; atau

2.  Peraturan United Nations(UN) R22 : Protective Helmets and Their Visors for Driver and Passengers of Motorcycles and Mopeds

 

Dari aspek pengimportan pula, merujuk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import), setiap topi keledar motosikal yang diimport ke pasaran Malaysia adalah diwajibkan mematuhi mana - mana standard mandatori yang telah diwartakan oleh pihak JPJ.

Selaras dengan ketetapan di dalam Perintah Kastam tersebut, setiap pengimport topi keledar motosikal adalah perlu mendapatkan Kelulusan Jenis Komponen topi keledar motosikal daripada Bahagian Kejuruteraan Automotif - Ibupejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Malaysia.

Sebelum