Jabatan Pengangkutan Jalan Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussien, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 WP Putrajaya
Adalah dimaklumkan kadar bayaran latihan, kad penetapan ujian dan lesen memandu bagi motosikal kelas B2 telah dikurangkan kepada RM211 berkuat kuasa mulai 1 September 2009. Dalam hubungan ini, komponen kadar fi yang boleh dikenakan oleh Institut Memandu bagi maksud mengadakan latihan dan ujian memandu motosikal kelas B2 sahaja adalah sebagaimana jadual berikut:
AKTIVITI
FI (RM)
LATIHAN MEMANDU (INSTITUT MEMANDU)
RM 166.00
PERCUMA
RM 17.00
RM 20.00 (Sewaan motosikal dan Litar Institut Memandu)
LESEN MEMANDU
RM 2.00
JUMLAH FI
RM 211.00
2. Selain daripada komponen fi RM 211.00 yang telah ditetapkan dalam jadual fi di atas, Institut Memandu dibenarkan mengenakan fi tambahan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual berikut:
Jadual Fi Tambahan Yang Boleh Dikenakan Oleh Institut Memandu
TIDAK MELEBIHI RM50
Rm 0.50/km = RM 1/km (pergi-balik)
3. JPJ ingin memaklumkan bahawa pemohon yang layak mendapatkan kadar fi di atas adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
4. Bagi pemohon lesen memandu motosikal kelas B2 yang perlu mengulangi mana-mana elemen ujian memandu atau memperbaharui lesen LDL, pemohon hanya perlu membayar fi tambahan seperti berikut:
Jadual Fi Ulangan Bagi Ujian Kekompetanan
ELEMEN
KALI PERTAMA DAN ULANGAN
RM 20.00