ARTIKEL PILIHAN KENDERAAN

Panduan Memohon Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan

KATEGORI NOMBOR PENDAFTARAN

 

1. Kategori Nombor-Nombor Bernilai Utama ( Golden Numbers )

            1       2         3          4          5          6          7          8          9          10

 

2. Kategori Nombor-Nombor Menarik ( Attractive Numbers )

  11      12       13        14       15       16       17       18       19    

22       28      33        38        44        55        66       77       88       99      

 111     222      333     444      555      666     777     888     999    

1111      2222     3333    5555    6666   7777      8888   9999

 

3. Kategori Nombor-Nombor Popular ( Popular Numbers )

20        21       23        24        25        26       27       29       30       31       32

34        35       36        37       39        40        41       42       43       45        46

47        48       49       50       51        52        53       54       56       57       58

59        60       61       62       63       64       65       67       68       69       70

71        72       73        74       75       76       78       79       80       81       82

83        84       85       86       87       89       90       91       92       93       94

95        96       97       98       100     101     121     131     141     151     161

171      181     191     200     202     212     232     242     252     262     272

282      292     300     303     313     323     343     353     363     373     383

393      400     404     414     424     434     454      464     474     484      494

500      505     515     525     535     545     565     575     585     595      600

606      616     626     636     646     656     676     686     696     700      707

717      727     737     747     757     767     787     797     800     808    818

828      838     848     858     868     878     898     900     909     919   929

939      949     959     969     979     989     1000   1001   1010   1100   1122

1133    1144   1155   1166   1177   1188   1199   1212   1221   1313    1331

1414    1441   1515   1551   1616   1661   1717   1771   1818   1881  1919

1991    2000    2002   2020   2112   2121   2200   2211   2233   2244  2255

2266    2277   2288   2299   2323   2332   2424   2442   2525   2552   2626

2662    2727   2772   2828   2882   2929   2992   3000   3003   3030   3113

3131    3223   3232   3300   3311   3322   3344   3355   3366   3377   3388

3399    3434   3443   3535   3553   3636   3663   3737   3773   3838  3883

3939    3993   4000   4004   4040   4114   4141   4224   4242   4343   4400

4411    4422   4433   4444    4455    4466   4477   4488   4499   4545  4554

4646    4664   4747   4774   4848   4884   4949   4994   5000   5005    5050

5115    5151   5225   5252   5335   5353   5445   5454   5500   5511  5522

5533    5544   5566   5577   5588   5599   5656   5665   5757   5775    5858

5885    5959   5995   6000   6006   6060   6116   6161   6226   6262    6336

6363    6446   6464   6556   6565   6600   6611   6622   6633   6644    6655

6677    6688   6699   6767   6776   6868   6886   6969   6996   7000    7007

7070    7117   7171   7227   7272   7337   7373   7447   7474   7557    7575

7667    7676   7700   7711   7722   7733   7744   7755   7766   7788    7799

7878    7887   7979   7997   8000   8008   8080   8118   8181   8228     8282

8338    8383   8448   8484   8558   8585   8668   8686   8778   8787    8800

8811    8822   8833   8844    8855   8866   8877   8899    8989   8998    9000

9009    9090   9119   9191   9229   9292   9339   9393   9449    9494    9559

9595    9669   9696   9779    9797   9889   9898   9900   9911   9922  9933

9944  9955  9966 9977 9988

 

 

PERMOHONAN TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN

 

1.         Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran

1.1       Terbuka kepada semua individu / Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang layak untuk mendaftar kenderaan.

1.2       Mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10).

1.3       Mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:-

i.          Individu :

            Satu salinan Kad Pengenalan/ pasport/ sijil kelahiran/ resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa/                Kad  Pengenalan Polis/ Kad Pengenalan Tentera pemohon.

ii.        Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian :

           Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan -Borang D (nama syarikat, maklumat perniagaan dan maklumat                       pemilik) atau

iii.       Syarikat Sdn. Bhd. atau Bhd. :

            Satu salinan Borang 9 atau Borang 8 dan Borang 13

iv.        Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional:

            Satu salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional.

v.         Surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran bagi Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau.

1.4       Mengemukakan slip bayaran yuran perkhidmatan (asal) RM10.00.

1.5       Mengemukakan bayaran penuh harga tempahan nombor pendaftaran yang dibida dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang sahaja (tempoh sahlaku mestilah tidak kurang dari tiga (3) bulan dari tarikh tender diiklankan) dan dibuat atas nama KETUA PENGARAH PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA (Negeri-Negeri lain) / AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-MOT-T (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya). Wang Tunai/ Wang Pos/ cek persendirian tidak boleh diterima.

1.6       Sampul surat bersetem/berdaftar dan ditulis dengan alamat surat-menyurat(pemohon) yang terkini bagi tujuan penghantaran surat jawapan

 

2.         Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan

2.1       Terbuka kepada semua individu / Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang layak untuk mendaftar kenderaan.

2.2       Mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10A).

2.3       Mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:-

i.          Individu :

            Satu salinan Kad Pengenalan/ pasport/ sijil kelahiran/ resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa/                Kad  Pengenalan Polis/ Kad Pengenalan Tentera pemohon.

ii.          Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian :

             Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan -Borang D (nama syarikat, maklumat perniagaan dan maklumat                       pemilik) atau

iii.         Syarikat Sdn. Bhd. atau Bhd. :

             Satu salinan Borang 9 atau Borang 8 dan Borang 13

iv.        Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional:

           Satu salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional.

v.         Surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran bagi Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau.

2.4      Mengemukakan slip bayaran yuran perkhidmatan (asal) RM10.00.

 

3.         Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran (Kelulusan Khas)

3.1       Terbuka kepada semua individu / Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang layak untuk mendaftar kenderaan.

3.2       Mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10B).

3.3       Mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:-

i.          Individu :

Satu salinan Kad Pengenalan/ pasport/ sijil kelahiran/ resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa/ Kad  Pengenalan Polis/ Kad Pengenalan Tentera pemohon.

ii.          Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian :

Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan -Borang D (nama syarikat, maklumat perniagaan dan maklumat pemilik) atau

iii.         Syarikat Sdn. Bhd. atau Bhd. :

Satu salinan Borang 9 atau Borang 8 dan Borang 13

iv.        Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional:

Satu salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional.

v.         Surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran bagi Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau.

3.4       Mengemukakan slip bayaran yuran perkhidmatan (asal) RM10.00.

 

HARGA TEMPAHAN

1.1       Harga tempahan minima mengikut kategori nombor pendaftaran adalah  seperti berikut :-

Kategori Nombor Pendaftaran

Harga bayaran Tawaran

Nombor Bernilai Utama (Golden Number)

RM20,000.00

Nombor Menarik ( Attractive Number )

RM3,000.00

Nombor Popular (Popular Number)

RM800.00

Nombor Semasa (Running Number)

RM300.00

 

 

KEPUTUSAN

1.  Surat Keputusan akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya.

2.  Bagi pemohon yang tidak berjaya,draf bank/kiriman wang akan dikembalikan.

3.  Senarai nama dan nombor identiti pengenalan diri pemohon yang berjaya akan dipamerkan di JPJ Negeri/Cawangan yang menawarkan nombor pendaftaran tersebut.

4.  Pemohon yang berjaya hendaklah mendaftarkan dan membayar nombor tersebut dalam tempoh yang dinyatakan seperti di bawah mengikut kategori permohonan dari tarikh kelulusan:

Kategori Permohonan

Tempoh Mendaftar

Tempoh Membayar

Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran

12 Bulan

-

Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan

6 Bulan

14 Hari

Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran (Kelulusan Khas)

6 Bulan

14 Hari

 

5.  Pemohon yang berjaya tetapi tidak mendaftarkan nombor pendaftaran yang ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, maka nombor pendaftaran tersebut akan ditarik balik tanpa sebarang notis. Bayaran penuh tempahan tidak akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.

6.  Nombor pendaftaran yang berjaya dibida hendaklah didaftarkan pada kenderaan atas nama pemohon yang berjaya sahaja.

​​​​​​​7.  Permohonan penangguhan pendaftaran adalah TIDAK DIBENARKAN.

​​​​​​​8.  Permohonan untuk mendapatkan pengurangan harga bagi nombor pendaftaran kenderaan yang telah ditempah TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN .

​​​​​​​9.  Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Nombor Pendaftaran adalah muktamad.

 

 

MAKLUMAT TAMBAHAN

​​​​​​​1.  Tempahan nombor pendaftaran boleh dibuat dimana-mana JPJ Negeri. Masukkan sampul surat permohonan ke dalam peti tempahan mengikut nama Negeri yang dipamerkan pada peti tempahan.

​​​​​​​2.  Iklan tawaran tempahan nombor pendaftaran lain-lain Negeri akan dipamerkan di semua pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.

​​​​​​​3.  Tempoh tempahan akan ditutup pada jam 12.00 tengahari pada hari terakhir tawaran dibuka.

​​​​​​​4.  Bayaran yuran perkhidmatan RM10 boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.

Tags
jpj nombor popular jpj panduan memohon nombor pendaftaran kenderaan
Sebelum