ARTIKEL PILIHAN KENDERAAN

Panduan Tukar Hakmilik Selain Dari Sukarela

1.SYARAT AM:

 

  1. Pemunya baharu(pembeli) bagi kenderaan milik persendirian individu hendaklah hadir sendiri untuk membuat pengesahan  cap jari secara biometrik;
  2. Wakil boleh dilantik bagi mewakili pemunya baharu bagi kenderaan yang bukan milik persendirian individu;
  3. Dokumen asas:
  1. Pengesahan Identiti individu:Pemunya baharu hendaklah membawa bersama dokumen pengenalan diri antaranya seperti myKad, myPR, myTentera, dan  passport.  
  2. Pengesahan identiti Kerajaan / bank / syarikat kewangan / insurans /  Pertubuhan / Koperasi / Syarikat Sendirian Berhad / Syarikat Berhad / Perniagaan Milikan Tunggal / Perniagaan Perkongsian / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan / Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi / Konsulat / Pertubuhan Antarabangsa:

Salinan borang 49, salinan resolusi persetujuan penjualan kenderaan, borang 9 atau borang 13 yang disahkan oleh setiausaha syarikat atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) (mana-mana yang berkenaan); atau

Salinan borang D yang disahkan SSM; atau

Apa-apa dokumen lain yang berkaitan pengesahan identiti.

  1. Surat rasmi lantikan wakil hendaklah dibawa bersama oleh wakil;syarat di 1.a.i adalah juga terpakai ke atas wakil.
  2. Borang JPJK3A yang lengkap diisi dibawa bersama oleh pemunya baharu atau wakil pemunya baharu
  3. Perakuan pendaftaran kenderaan motor.

 

  1. Tiada sekatan kepada urusniaga THMSS seperti rekod tuntutan hakmilik oleh syarikat kewangan, rekod cukai kastam yang  belum diselesaikan, rekod senaraihitam dan sebagainya;
  2. Kenderaan motor hendaklah dibawa untuk pemeriksaan di PUSPAKOM kecuali motosikal;
  3. Permit kenderaan perdagangan bagi pemunya berdaftar telah dibatalkan terlebih dahulu;
  4. Fi dibayar seperti yang ditetapkan;
  5. Kenderaan Perdagangan
    1. Khusus untuk kenderaan off-road hendaklah menjalani Pemeriksaan Khas (B2) di Puspakom terlebih dahulu;                                        
    2. Khusus untuk kenderaan jentera / kenderaan bomba / trak tunda / kenderaan mayat / hendaklah menjalani pemeriksaan awalan PG11A / PG13B;
    3. Surat pembatalan permit / surat kelulusan ubahsyarat oleh SPAD / LPKP / Kementerian Pelancongan;
    4. Surat tawaran kelulusan lesen atau surat kelulusan ubahsyarat;
    5. Borang JPJK1 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai decontrolled;atau
    6. Borang JPJK11 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai off-road;
    7. Salinan surat pengecualian daripada Perbendaharaan / MITI / kastam yang disahkan (jika berkenaan).

 

2. SYARAT KHAS / DOKUMEN KHAS

 

  1. Kenderaan motor yang ditarik balik (Repossessed) tertakluk di bawah Akta Sewa Beli 1967:
    1. Salinan Notis Tuntutan Penamaan (Jadual 5);
    2. Salinan Notis Niat Pengambilalihan Kenderaan (Jadual 4).
  2. Kenderaan motor yang ditarik balik (Repossessed) yang tidak tertakluk di bawah Akta Sewa Beli 1967
           i. Salinan notis penarikan balik kenderaan mengikut perjanjian.
  3. Kenderaan motor milik pemilik berdaftar yang sudah meninggal dunia
  1. Salinan perintah Mahkamah Tinggi yang disahkan oleh Mahkamah;atau
  2. Salinan Surat Geran Probet yang disahkan oleh Mahkamah;atau
  3. Salinan Surat Pentadbir Pusaka yang disahkan oleh Mahkamah;atau
  4. Salinan Perintah Pembahagian / Perintah Pemberian Surat Kuasa Mentadbir di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)  1955 yang disahkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian;atau
  5. Salinan Perintah Faraid yang disahkan oleh Mahkamah Syariah:
  6. Akuan sumpah (dibuat oleh pewaris seperti dalam perintah faraid) berkenaan penolakan harta hendaklah disertakan bersama;
  7. akuan sumpah hendaklah dibuat dihadapan pesuruhajaya sumpah yang berkhidmat dengan kerajaan / Majistret / Hakim;
  8. Akuan sumpah ini hendaklah disertakan bersama apabila Perintah Faraid tidak menyatakan penama / pewaris kepada kenderaan motor milik si mati.
  9. Salinan Jadual Tiga oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah yang disahkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah;atau                              
  10. Salinan Perintah dalam bentuk Form C yang disahkan oleh Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.

 

  1. Kenderaan Motor yang dilucuthak kepada Agensi Kerajaan
  1. Salinan Perintah Pelucutanhak yang disahkan oleh Mahkamah yang mengeluarkan perintah tersebut.

 

  1. Kenderaan Motor bagi kategori hilang curi / kenderaan yang Beyond Economic Repair(BER) / Total Lost oleh pihak insurans
  1. Salinan surat tawaran tuntutan dari insurans;
  2. Salinan surat bukti pembayaran pampasan;
  3. Salinan surat bukti penerimaan bayaran pampasan;
  4. Salinan borang Pelepasan dan Tanggung Rugi (Discharge and Indemnity). 

 

Tags
jpj panduan tukar hakmilik selain sukarela
Sebelum