ARTIKEL PILIHAN KENDERAAN

PROSEDUR PENGISYTIHARAN PENGECUALIAN LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) BAGI ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Syarat-Syarat Permohonan Pengisytiharan Bagi Pengecualian LKM OKU (Kenderaan Yang Tidak Diubah suai)

 

A. Permohonan kali pertama hanya boleh dikemukakan di Pejabat JPJ  Negeri/ Cawangan .

 

B. Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dan telah berdaftar serta mempunyai rekod dengan JKM;

 

C.  Permohonan boleh dikemukakan oleh wakil dengan membawa surat kuasa dari OKU yang tidak hadir secara sendiri atas sebab-sebab kesihatan bersama surat pengesahan dari pegawai kesihatan;

 

D.  Bagi permohonan pengecualian LKM OKU yang melibatkan kenderaan waris /penjaga berdaftar, permohonan boleh dibuat oleh waris/ penjaga yang telah pun berdaftar dan mempunyai rekod dengan JKM. Maklumat waris/ penjaga berdaftar akan disemak secara automasi dengan rekod yang disalurkan oleh JKM kepada sistem JPJ;

 

E.  Permohonan pengecualian LKM OKU ini melibatkan semua kategori kecacatan.

 

F.  Kenderaan yang dipohon hendaklah didaftarkan di atas nama pemohon OKU atau waris/ penjaga berdaftar;

 

G.  Kenderaan yang terlibat dengan pengecualian LKM OKU bagi kategori kenderaan yang tidak diubah suai adalah Kenderaan Buatan Nasional dan Kenderaan Pemasangan Tempatan;

 

​​​​​​​H.  OKU atau waris/ penjaga berdaftar yang memohon pengecualian LKM OKU atas kenderaan mereka, mestilah mempunyai lesen memandu (CDL atau PDL) yang berkuat kuasa semasa permohonan dilakukan;

 

​​​​​​​I.  Pengisytiharan pengecualian LKM kenderaan OKU hanya terhad kepada satu (1) kenderaan kelas motokar dan satu (1) kelas motosikal sahaja dalam satu masa, tidak termasuk kenderaan yang telah diubah suai untuk Kegunaan Orang Cacat dengan jenis badan KOC (kod kegunaan IA);

 

​​​​​​​J.  Permohonan hanya tertakluk kepada kenderaan yang didaftarkan sebagai kenderaan persendirian milik individu sahaja. Bagi permohonan yang melibatkan kenderaan diubah suai, permohonan adalah tertakluk kepada Garis Panduan Ubahsuai Kenderaan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Bahagian Kejuteraan Automotif, Ibu Pejabat JPJ;

 

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

 

​​​​​​​A.  Surat kuasa daripada pemohon OKU (sekiranya wakil hadir mengemukakan permohonan);

 

​​​​​​​B.  Satu (1) Borang Pengisy t iharan , Pindaan dan Pembatalan  Lesen Kenderaan Motor (LKM) Bagi Orang  Kurang  Upaya  (OKU) ;

 

​​​​​​​C.  Kad Pengenalan asal dan salinan Kad Pengenalan bagi pemohon OKU. Sekiranya permohonan dibuat oleh wakil, salinan Kad Pengenalan OKU dan Kad Pengenalan Wakil (asal dan salinan) perlu dikemukakan;

 

​​​​​​​D.  Kad OKU asal dan salinan; dan

 

E. ​​​​​​​ Lesen Memandu yang sah satu (1) salinan.

 

 

Tags
oku lkm oku
Sebelum