ARTIKEL PILIHAN KENDERAAN

Prosedur Permohonan Pengecualian LKM

Jenis Pertubuhan / Badan Yang Layak Memohon:

 

  1. Pertubuhan kebajikan yang memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat secara rasmi.
  2. Pertubuhan yang mempunyai perhubungan rapat dengan kepentingan Kerajaan.
  3. Pertubuhan keagamaan.
  4. Syarikat yang menggunakan kenderaan di dalam kawasan operasi yang terhad seperti di ladang-ladang.
  5. Pertubuhan keagamaan / kebajikan yang memiliki kenderaan mayat.
  6. Perpustakaan Awam Kebangsaan / Negeri yang memiliki kenderaan yang digunakan sebagai perpustakaan bergerak.

 

Dokumen yang perlu dikemukakan:

 

  1. Dua (2) Borang JPJ K14  Borang JPJ K14 (80.6 kB).
  2. Satu (1) salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan bagi tiap-tiap kenderaan yang dipohon untuk pengecualian / pengurangan bayaran;
  3. Satu (1) salinan Perakuan Perlembagaan dan Perakuan Pendaftaran Pertubuhan.
  4. Tiga (3) keping gambar kenderaan dari pandangan depan, belakang dan sisi kenderaan; dan
  5. Satu (1) salinan perjanjian bertulis di antara pemohon dengan Kerajaan Malaysia bagi pertubuhan antarabangsa (jika berkenaan).

 

* SEMUA SALINAN DOKUMEN BERKENAAN PERLU DISAHKAN

 

Tags
jpj lkm prosedur permohonan pengecualian lkm
Sebelum