ARTIKEL PILIHAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF

Permohonan Pemasangan Lampu Mata Arah

Lampu mata arah (Beacon Light) merupakan satu lampu penanda amaran pelbagai warna dan dikategorikan sebagai komponen aksesori yang dipasang di atas bumbung atau bahagian atas sesebuah kenderaan

 

Penggunaan lampu ini adalah bertujuan untuk memperingatkan pengguna-pengguna jalan raya yang lain bahawa mereka perlu memperlahankan kenderaan , berhati-hati dan berwaspada semasa berada di kawasan tersebut.

 

Menurut kaedah 24 Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lalulintas Jalan) 1959 hanya kenderaan Polis,Bomba,Ambulans dan JPJ sahaja dibenarkan mendapat hak haluan (Priority Over Traffic) di mana-mana jalan raya negara ini. Walau bagaimanapun menurut Kaedah 138(1) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (pembinaan dan penggunaan ) 1959 , Ketua Pengarah JPJ Malaysia mempunyai kuasa untuk mengecualikan mana-mana kenderaan daripada mematuhi mana-mana kaedah yang sedia ada. Kenderaan kegunaan persendirian tidak akan dibenarkan memasang alat tersebut.

 

Sila rujuk garis panduan berkenaan di lampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Tags
jpj lampu arah permohonan pemasangan lampu mata arah
Sebelum