ARTIKEL PILIHAN PEMANDU

Penetapan Kadar Bayaran Bagi Lesen Memandu Kelas B2, Jadual FI Latihan, Ujian Dan Lesen Kelas B2 Sahaja

Adalah dimaklumkan kadar bayaran latihan, kad penetapan ujian dan lesen memandu bagi motosikal kelas B2 telah dikurangkan kepada RM211 berkuat kuasa mulai 1 September 2009. Dalam hubungan ini, komponen kadar fi yang boleh dikenakan oleh Institut Memandu bagi maksud mengadakan latihan dan ujian memandu motosikal kelas B2 sahaja adalah sebagaimana jadual berikut:

AKTIVITI

FI (RM)

LATIHAN MEMANDU (INSTITUT MEMANDU) 

 
  1. Kelas KPP

RM 166.00

  1. Latihan Asas PRA-L (6 Jam)
 
  1. Latihan Kemahiran  (8 Jam)
 
  1. Pra-Ujian (2 Jam)
 
  1. UJIAN KEKOMPETENAN
 
  1. Kad Ujian (JPJL3)

PERCUMA

  1. Ujian Bahagian I

RM 17.00

  1. Ujian Bahagian II

RM 20.00 (Sewaan  motosikal dan Litar Institut Memandu)

  1. Ujian Bahagian III
 

LESEN MEMANDU

 
  1. Lesen Belajar Memandu (LDL)

RM 2.00

  1. Pengeluaran LDL melalui Kiosk/Pos

RM 2.00

  1. Lesen Memandu Percubaan

RM 2.00

  1. Pengeluaran PDL melalui Kiosk

RM 2.00

 

 

JUMLAH FI

RM 211.00

 

2.    Selain daripada komponen fi RM 211.00 yang telah ditetapkan dalam jadual fi di atas, Institut Memandu dibenarkan mengenakan fi tambahan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual berikut:

Jadual Fi Tambahan Yang Boleh Dikenakan Oleh Institut Memandu

AKTIVITI

FI (RM)

  1. Pendaftaran Pelajar 

TIDAK MELEBIHI RM50

  1. Insurans Pelajar
 
  1. Gambar Pelajar di Pusat Ujian
 
  1. Bahan Kursus dan Buku KPP
 
  1. Perkhidmatan Lesen Memandu 
 
  1. Kemudahan Pengangkutan
    (jika diperlukan oleh pelajar) 

Rm 0.50/km = RM 1/km 
(pergi-balik)

 

3.    JPJ ingin memaklumkan bahawa pemohon yang layak mendapatkan kadar fi di atas adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang memegang MyKad yang sah atau kad pengenalan Polis/Tentera SAHAJA.   Pemastautin Tetap (PR) dan Bukan Warganegara adalah tidak layak; dan
  2. Pemohon yang memohon lesen memandu motosikal kelas lesen B2 SAHAJA dan tidak memiliki apa-apa jenis atau kelas lesen memandu lain. Sekiranya pemohon membuat urusniaga tambah kelas atau kombinasi lain daripada kelas B2, pemohon akan tertakluk kepada kadar bayaran semasa.

4.    Bagi pemohon lesen memandu motosikal kelas B2 yang perlu mengulangi mana-mana elemen ujian memandu atau memperbaharui lesen LDL, pemohon hanya perlu membayar fi tambahan seperti berikut:

Jadual Fi Ulangan Bagi Ujian Kekompetanan

ELEMEN

KALI PERTAMA DAN ULANGAN

  1. Ujian Bahagian 1 Berkomputer

RM 17.00

  1. Kadar sewa motosikal dan litar bagi Ujian Bahagian II dan III

RM 20.00

  1. Lesen LDL

RM 2.00

 

Tags
jpj kadar bayaran lesen memandu kelas b2 jadual fi latihan ujian
Sebelum