ARTIKEL PILIHAN PEMANDU

Permohonan Lesen Memandu OKU Bagi Kelas A dan A1

Permohonan lesen memandu OKU bagi kelas A dan A1 boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan sahaja.

 

Syarat- syarat lesen OKU:

 

  1. Memiliki Kad OKU
  2. Laporan pemeriksaan Pegawai Perubatan mengesahkan layak mendapatkan lesen memandu dan menggunakan kenderaan yang telah diubahsuai mengikut keupayaan fizikal
  3. Perlu mendapat pengesahan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ bagi pengubahsuaian kenderaan OKU
  4. Bagi yang telah memiliki lesen memandu Kelas A atau A1 dan memohon tambah kelas pemohon perlu mendaftar di JPJ

 

Dokumen yang diperlukan:

 

  1. Pengenalan diri asal dan salinan
  2. Kad OKU asal atau salinan
  3. Kad Pendaftaran kenderaan yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian pemohon asal
  4. Surat  kebenaran dari pemilik kenderaan (jika berkaitan)
  5. Borang Pemeriksaan Kesihatan Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) boleh di muat turun dari KKM

 

Syarat-syarat Bagi mendapatkan fi nominal (RM2.00):

 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Kecacatan fizikal sahaja
  3. Memiliki lesen memandu kelas tunggal A/A1 atau kombinasi  A dan  A1
  4. Memiliki kenderaan yang telah diubahsuai mengikut keupayaan fizikal yang telah diluluskan oleh Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ         
  5. Kemukakan surat kebenaran dari pemilik kenderaan jika bukan kenderaan pemohon tersebut
  6. Sekiranya pengemaskinian data kepada kelas lesen A atau A1 dibuat, Kelas E dan lesen Vokasional yang dimiliki oleh pemegang lesen memandu akan digugurkan secara automatik kecuali GDL kelas C dan konduktor

 

Dokumen yang diperlukan:

 

  1. Kad OKU asal atau salinan.
  2. Kad Pendaftaran kenderaan yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian pemohon asal.
  3. Surat kebenaran dari pemilik kenderaan (jika berkaitan)
  4. Laporan Pemeriksaan Kesihatan

 

INFO:KELAS LESEN MEMANDU ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Motosikal OKU Tidak Melebihi 450 kg

Motokar OKU Tidak Melebihi 3500 kg

 

INFO:KADAR BAYARAN URUSNIAGA LESEN MEMANDU

JENIS LESEN

KADAR BAYARAN WARGANEGARA (RM)

KADAR BAYARAN BUKAN WARGANEGARA (RM)

TEMPOH

LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL)

   

1. Kelas A

2.00

-

3/6 bulan

2. Kelas B2 (tunggal)

2.00/4.00

2.00/4.00

3/6 bulan

3. Kelas B/C

20.00/40.00

20.00/40.00

3/6 bulan

4. Kelas D dan lain-lain

30.00/60.00

30.00/60.00

3/6 bulan

LESEN PERCUBAAN (PDL)

   

1. Kelas A/A1

2.00

-

2 tahun

2. Kelas B2 (tunggal)

2.00

120.00

2 tahun

3. Kelas B/C

40.00

120.00

2 tahun

4. Kelas D/DA/F/G/H/I

60.00

120.00

2 tahun

LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL)

   

1. Kelas A/A1

2.00

-

1 tahun

2. Kelas B2 (tunggal)/B/C

20.00

60.00

1 tahun

3. Kelas D/E/F/G/H/I

30.00

60.00

1 tahun

LESEN MEMANDU VOKASIONAL

   

1. Lesen Kenderaan Barang-barang (GDL)/Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) atau CON

20.00

-

1 tahun

2. Permit Memandu Antarabangsa (IDP)

150.00

150.00

1 tahun

3. Salinan Lesen Memandu

20.00

20.00

-

4. Cabutan Maklumat Lesen Memandu

10.00

10.00

-

5. Pindaan Maklumat Lesen Memandu

10.00

10.00

-

6. Tambah Kelas Lesen Memandu

5.00

5.00

-

 

Tags
jpj lesen memandu oku kelas a kelas a1
Sebelum