ARTIKEL PILIHAN PEMANDU

Permohonan Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh

Permohonan rayuan lesen memandu tamat tempoh boleh dilakukan melalui online, bersurat atau hadir sendiri ke Pejabat JPJ Negeri/cawangan sahaja. Lesen memandu tamat tempoh adalah melibatkan:

 

  1. Lesen Memandu Percubaan (PDL)  melebihi 1 tahun
  2. Lesen Memandu Kompeten (CDL) melebihi 3 tahun
  3. Lesen Memandu Vokasional (GDL/PSV) melebihi 3 tahun

 

Cara- Cara Permohonan

 

  1. Secara Manual
  • Permohonan rayuan boleh dilakukan di  kaunter JPJ negeri/cawangan dan  Bahagian Pelesenan Pemandu, Ibu Pejabat JPJ Malaysia.
  • Kemukakan salinan kad pengenalan/pasport dan lesen memandu
  • Keputusan permohonan boleh disemak melalui mana-mana JPJ negeri/cawangan atau dicetak secara “online” selepas 14 hari dari tarikh permohonan.

 

  1. Secara ‘Online'
  • Membuat permohonan secara transaksi dalam talian (online) melalui laman web iaitu www.jpj.gov.my.
  • Lengkapkan butir-butir pemohonan dalam borang online.
  • Keputusan permohonan boleh disemak melalui mana-mana JPJ negeri/cawangan atau dicetak secara “Online” selepas 14 hari dari tarikh permohonan.

 

INFO:

Ketua Pengarah JPJ Malaysia mempunyai kuasa untuk meluluskan/ menolak permohonan rayuan. 

 

  1. Sekiranya berjaya, pemohon dikecualikan dari mengambil ujian Bahagian 1 dan perlu menduduki Ujian Praktikal II dan III.
  2. Jika permohonan tidak berjaya, maka pemohon dikehendaki memohon lesen memandu sepertimana prosedur biasa. 
Tags
jpj lesen memandu permohonan rayuan lesen memandu tamat tempoh
Sebelum