ARTIKEL PILIHAN PEMANDU

Tambah Kelas Lesen Belajar Memandu (LDL)

Permohonan tambah kelas lesen belajar memandu boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan dan kiosk eKhidmat sahaja

 

Syarat- syarat tambah kelas:

 

  1. Lulus ujian undang-undang Bahagian 1 (jika berkenaan)
  2. Keputusan ujian telah dikemaskini dan masih berkuatkuasa dalam tempoh satu(1) tahun;
  3. Tidak disenaraihitamkan

 

Dokumen yang diperlukan:

 

  1. MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil.
  2. Lesen memandu asal/salinan
  3. Pengenalan diri asal wakil
  4. 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm
  5. Memegang pasport yang masih berkuatkuasa (warga asing)
  6. Bayaran RM5.00
Tags
jpj tambah kelas lesen memandu ldl
Sebelum