ARTIKEL PILIHAN UNDANG-UNDANG

Prosedur Menuntut Kenderaan Disita JPJ

Di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Pegawai Pengangkutan Jalan boleh menyita kenderaan bagi tujuan mengenal pasti identiti pemandu,identiti kenderaan atau untuk memberhentikan sesuatu kesalahan daripada berterusan.

 

Kenderaan yang disita oleh JPJ boleh dituntut/dilepaskan apabila perkara berikut telah diselesaikan :-

  1. Setelah identiti pemandu atau kenderaan telah dikenal pasti
  2. Kesalahan yang dilakukan telah diberhentikan
  3. Dilepaskan oleh mahkamah.

 

Pelepasan kenderaan sita

 

Kenderaan disita akan dilepaskan kepada pihak yang berkenaan seperti di bawah :-

 

  1. Pemunya/pemilik berdaftar
  2. Institusi Kewangan (jika tidak dituntut oleh pemilik dalam tempoh yang ditetapkan)
  3. Agensi Kerajaan seperti Polis/Kastam
  4. Orang yang diberi kuasa di bawah Pentadbir Pusaka
  5. Bagi kenderaan syarikat mereka yang layak menuntut kenderaan adalah
  6. Pengarah
  7. Pengurus Besar
  8. Setiausaha
  9. Pegawai yang dilantik/diberi kuasa

 

Dokumen yang diperlukan

 

  1. Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke Pejabat JPJ berkenaan (dimana kenderaan tersebut disita) untuk menuntut kenderaan dengan membawa bersama-sama dokumen berikut :
  2. Permohonan / tuntutan secara bertulis
  3. Kad Pendaftaran Asal
  4. LKM dan Insurans yang sah
  5. Lesen Memandu yang sah dan masih berkuat kuasa
  6. Kad Pengenalan
  7. Permit Asal (untuk kenderaan perdagangan/sekolah memandu)
  8. Borang 49 (untuk kegunaan syarikat)

 

Tags
jpj sita kenderaan sita prosedur menuntut kenderaan sita
Sebelum