ARTIKEL PILIHAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF

Panduan Pembinaan & Penggunaan Rear Drawer(Pindaan 1/2015)

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menetapkan setiap penambahan pada struktur panel kenderaan yang membawa muatan melebihi panjang badan kenderaan perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan dalam garis panduan ini bagi memastikan pembinaan struktur adalah selamat, teratur dan mengikut standard.

 

Rear Drawer adalah struktur panel yang dipasang pada bahagian belakang kenderaan bagi kenderaan yang membawa muatan melebihi panjang badan kenderaan dan tidak boleh diceraikan (rigid). Manakala, struktur tambahan besi (extension steel) dipasang bagi menyokong berat dan pergerakan rear drawer sama ada pada keadaan statik atau dinamik. Tujuan utama pemasangan rear drawer ini adalah sebagai penanda amaran kepada pengguna jalan raya yang lain bahawa kenderaan ini sedang membawa muatan panjang.

 

Sila rujuk garis panduan berkenaan di lampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Tags
jpj rear drawer
Sebelum