VEHICLE SELECTED ARTICLES

Permohonan Bagi Stiker OKU

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar, waris atau wakil pertubuhan/persatuan.
  2. Permohonan pelekat kenderaan kepada OKU fizikal yang berkerusi roda, memandu dan memiliki kenderaan yang dimodifikasi sahaja.
  3. Kenderaan didaftarkan atas nama OKU berkenaan yang memiliki Kad OKU dengan nombor rujukan bermula dengan ‘PH' (OKU dengan kurang upaya fizikal) atau ‘CA' (Nombor rujukan Kad OKU lama yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak) atau;
  4. Kenderaan telah didaftarkan di bawah kod kegunaan IA (Kenderaan Orang Cacat) atau;
  5. Kenderaan milikan persatuan/pertubuhan OKU yang telah berdaftar/mendapat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.


Dokumen yang perlu dikemukakan
Permohonan oleh pemilik berdaftar kenderaan

  1. 1 Borang JPJK17
  2. Identiti Pengenalan Diri asal
  3. Kad Pendaftaran OKU asal, atau salinan jika permohonan dibuat oleh  waris / wakil.


Permohonan oleh  waris

  1. 1 Borang JPJK17
  2. Identiti Pengenalan Diri asal waris
  3. Salinan Kad Pendaftaran OKU
  4. Surat pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia


Permohonan oleh wakil pertubuhan/persatuan OKU

  1. 1 Borang JPJK17
  2. Identiti Pengenalan Diri asal wakil
  3. Surat pengesahan bagi persatuan/pertubuhan OKU yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
Tags
jpj stiker oku
Previous