VEHICLE SELECTED ARTICLES

Prosedur Pembatalan Dan Pulangan Balik Fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) 

Bagi tujuan penambahbaikan terhadap prosedur sedia ada, JPJ telah membuat beberapa pindaan bagi memastikan urusan bayaran balik fi Lesen Kenderaan Motor (LKM)  dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan

Syarat-syarat permohonan:

  1. Permohonan boleh dikemukakan oleh pemunya berdaftar atau wakil. Bagi kenderaan milik Syarikat / Agensi surat perwakilan kuasa dengan "letterhead" dan cop rasmi Syarikat / Agensi  perlu dikemukakan semasa permohonan dikaunter;
  2. Bagi permohonan pembatalan dan bayaran balik fi LKM yang melibatkan urusniaga di kaunter JPJ, disk LKM asal yang telah dibatalkan hendaklah diserahkan di kaunter pada hari dan tempat yang sama urusniaga dilakukan. Penyerahan dokumen sokongan boleh dikemukakan dalam tempoh tujuh (7) hari berkerja dari tarikh urusniaga pembatalan LKM dikaunter yang sama penyerahan LKM dilakukan;
  3. Bagi pembatalan yang melibatkan urusniaga pertukaran hakmilik kenderaan di MyEG / e-Auto dan Portal Awam JPJ, pemohon hendaklan menyerahkan disk LKM yang telah dibatalkan bersama resit e-khidmat (asal) kepada pihak JPJ dalam tempoh dua (2) hari berkerja dari tarikh urusniaga pertukaran hakmilik kenderaan dilakukan. Penyerahan dokumen sokongan boleh dikemukakan dalam tempoh tujuh (7) hari berkerja dari tarikh penyerahan LKM dikaunter yang sama disk LKM diserahkan.;
  4. Bayaran balik mestilah tidak kurang daripada RM5.00; dan
  5. Tiada had minimum bagi tempoh lesen kenderaan motor yang masih berkuatkuasa.

 

Dokumen yang perlu dikemukakan:

  1. 2 (dua) salinan Borang JPJ K6 pind 1/2018;
  2. Bagi permohonan yang dikemukakan oleh pemunya berdaftar ID asal dan salinan perlu dikemukakan;
  3. Bagi permohonan yang dikemukakan oleh wakil, perlu disertakan bersama surat pengesahan pewakilan kuasa pemunya berdaftar, salinan ID pemunya berdaftar dan ID asal dan salinan wakil;
  4. Surat kuasa (surat rasmi dengan "letterhead" bercetakan komputer berserta cop rasmi Syarikat/Agensi) kepada wakil bagi kenderaan yang didaftarkan atas nama Syarikat/Agensi.
  5. Salinan Borang 49/Borang 9/Borang 13/Borang D - Akta Syarikat 1965 (jika berkaitan). Bagi Sabah dan Sarawak, Borang Lesen Perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan (SSM/LP).
  6. Salinan Pendaftaran Pertubuhan atau Koperasi (jika berkaitan).
  7. Disk LKM yang dibatalkan, atau Laporan Polis sebagai pengganti disk LKM bagi kenderaan yang terlibat dengan kemalangan/kecurian/bencana alam;
  8. Butir-Butir Bayaran Balik LKM (cetakan daripada sistem MySikap);
  9. Resit e-khidmat (asal) bagi urusniaga pertukaran hakmilik kenderaan di MyEG/e-Auto/Portal Awam JPJ;
  10. Salinan muka hadapan Penyata Bank / Akaun Bank pemunya berdaftar yang memaparkan nombor akaun yang aktif.

 

Permohonan boleh dikemukakan dimana-mana Pejabat JPJ  Negeri/Cawangan/UTC yang melaksanakan aktiviti Pelesenan Kenderaan mengikut kawasan isytihar terkini kenderaan tersebut.

Tags
jpj lkm prosedur pembayaran balik refund
Previous