DRIVER SELECTED ARTICLES

Pembaharuan Lesen Memandu Vokasional

Pembaharuan lesen memandu vokasionalboleh dilakukan di JPJ Negeri/ Cawangan, UTC dan Kaunter 1JPJ.

 

Syarat- syarat pembaharuan:

 

  1. Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1 tahun sahaja;
  2. Tidak disenaraihitamkan;
  3. Mengemukakan laporan perubatan dan tempoh sah laku laporan perubatan (Borang JPJ L8) tidak melebihi satu (1) tahun;
  4. Lesen Memandu kompeten (CDL) mesti berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun.

 

Dokumen yang diperlukan:

 

  1. MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;
  2. Pengenalan diri asal wakil;
  3. Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal atau salinan;
  4. Pengesahan kesihatan Pegawai Perubatan(Borang JPJL8);
  5. 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm;
  6. Bayaran RM20.00/tahun;
  7. Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga Singapura);

 

INFO: Mulai 16 Julai 2013, bagi permohonan PDL dan CDL di pejabat JPJ, pemohon diberi pilihan sama ada membawa gambar warna sendiri (ukuran 25mm x 32mm) berlatar putih, mengambil gambar di kaunter atau menggunakan gambar daripada MyKad.

 

INFO: Berdasarkan seksyen 29, Akta Pengangkutan Jalan Malaysia (APJ) 1987, lesen memandu yang tamat tempoh dan gagal diperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan adalah terbatal secara automatik seperti berikut:

 

  1. Lesen Memandu Percubaan (PDL) tamat tempoh melebihi 1 tahun.
  2. Lesen Memandu Kompeten (CDL) tamat tempoh melebihi 3 tahun.
  3. Lesen Vokasional tamat tempoh melebihi 3 tahun.

 

Tags
jpj lesen memandu pembaharuan lesen memandu vokasional
Previous