DRIVER SELECTED ARTICLES

Permohonan Lesen Belajar Memandu (LDL)

Permohonan boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ dan kiosk-kiosk eKhidmat

Kelayakan bagi permohonan LDL :

 

  1. Berumur melebihi 16 tahun untuk kelas A,B2,B dan C
  2. Berumur melebihi 17 tahun untuk kelas A1,Ddan DA
  3. Berumur melebihi 21 tahun untuk kelas E,F,G,H,I dan lesen vokasional kecuali CON berumur 18 tahun
  4. Lulus ujian undang-undang Bahagian 1 dan keputusan ujian telah dikemaskini (masih berkuatkuasa dalam tempoh satu(1) tahun)
  5. LDL boleh dikeluarkan dan diperbaharui bagi tempoh 3 atau 6 bulan sehingga tempoh maksimum 2 tahun daripada tarikh mula lesen dikeluarkan

 

Dokumen Yang Diperlukan:

 

  1. MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad /Paspot pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
  2. Pengenalan diri asal wakil
  3. 1 keping gambar warna (berlatar puteh) berukuran 25mm x 32mm
  4. Memegang pasport yang masih berkuatkuasa (Warga asing)
  5. Bayaran RM20.00 untuk 3 bulan, RM40.00 untuk 6 bulan bagi kelas B & C. (Kelas A/A1 B2 tunggal RM2.00). Bayaran RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) bagi kelas D & ke atas.

Syarat:

  1. Tidak boleh membuat pindaan kelas lesen memandu melebihi 1 kali.
  2. Pemohon perlu tetapkan kelas lesen sebelum lesen LDL dikeluarkan. 
Tags
jpj permohonan lesen belajar memandu ldl
Previous