DRIVER SELECTED ARTICLES

Permohonan Lesen Memandu Percubaan (PDL)

Permohonan boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ Negeri/Cawangan sahaja

Kelayakan bagi permohonan PDL :

Lulus ujian amali bahagian 2 & 3 dan keputusan ujian telah dikemaskini serta masih berkuatkuasa dalam tempoh satu(1) tahun.

Pemilik tidak disenaraihitam

Tempoh percubaan adalah 2 tahun bagi kelas yang terawal

Dokumen Yang Diperlukan:

MyKad/Pasport asal MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil

Pengenalan diri asal wakil

1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm (pilihan)

Pemegang pasport yang masih berkuatkuasa (warga asing)

Bayaran RM40.00 untuk kelas B & C (Kelas A/A1 atau B2 tunggal RM2.00) (Warganegara)

Bayaran RM120.00 untuk kelas B2 tunggal, B & C (Bukan Warganegara)

Bayaran RM60.00 bagi kelas D & ke atas (Warganegara)

Bayaran RM120.00 bagi kelas D & ke atas (Bukan Warganegara)

Tags
jpj lesen pdl lesen memandu percubaan
Previous