DRIVER SELECTED ARTICLES

Tambah Kelas Memandu Vokasional (GDL,PSV & KONDUKTOR)

Permohonan tambah kelas lesen vokasional boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan sahaja.
 
Syarat- syarat tambah kelas:

 

  1. Memiliki CDL dengan kelas yang setara;
  2. Pengesahan kesihatan daripada Pengamal Perubatan Berdaftar melalui Borang JPJL8A.
  3. Lulus Ujian Amali (jika berkenaan) dan masih berkuatkuasa 1(satu) tahun.
  4. Keputusan ujian telah dikemaskini dan masih berkuatkuasa dalam tempoh satu (1) tahun

 

Dokumen yang diperlukan:

 

  1. MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil.
  2. Lesen memandu asal/salinan
  3. Pengenalan diri asal wakil
  4. 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm (pilihan)
  5. Memegang pasport yang masih berkuatkuasa (warga asing)
  6. Sijil Kursus JPJL2C
  7. Borang JPJL8A
  8. Bayaran RM5.00

 

Tags
jpj gdl psv konduktor pembaharuan lesen memandu vokasional tambah kelas lesen memandu
Previous